HomeBeritaWaran tangkap terhadap Emilia Hanafi dibatalkan

Waran tangkap terhadap Emilia Hanafi dibatalkan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini membatalkan waran tangkap terhadap bekas isteri ahli perniagaan Emilia Hanafi, 44, atas kegagalannya hadir di Mahkamah Majistret dalam kes jenayah terhadap bekas suaminya, SM Faisal SM Nasimuddin sebelum ini.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

Emilia yang hadir pada jam 9.30 pagi mengenakan baju kurung moden warna pink diiringi peguamnya Nazri Yahya, peguam Syarie, Nizam Bashir, peguam ‘watching brief’ Datuk Khairul Anwar Rahmat, Pegawai Komunikasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Gulab Jan Fazal Eladi dan Pengasas Into Taqwa Malaysia & Taqwa Care, Fara Othman.

Bekas isteri SM Faisal, Emilia bersama peguamnya di Mahkamah Kuala Lumpur.

Waran itu dikeluarkan pada 20 Mei lalu kerana Emilia sebagai pengadu dan saksi utama tidak hadir ke mahkamah sebanyak tujuh kali.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

Faisal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Emilia pada 2016.

Faisal pula menfailkan kes commital terhadap Emilia di Mahkamah Tinggi Syariah kerana didakwa menukar ganti tarikh lawatan Faisal dan anak mereka.

Berikutan itu Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara seminggu terhadap Emilia dan ibu kepada tiga anak itu selesai menjalani hukuman pada 1 Julai lalu.

Menurut peguam mewakili Emilia, Nazri Yahya berkata, Emilia hari ini hadir menjelaskan kepada Majistret, Nadia Othman sebab beliau tidak hadir dalam tujuh prosiding sebelum ini dengan mengemukakan tujuh sijil cuti sakit kepada mahkamah.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

“Pihak Majistret menerima alasan Emilia dan membatalkan waran tangkap itu.

“Emilia memberitahu Majistret, beliau berjanji akan hadir secara konsisten dalam semua prosiding selepas ini.

“Prosiding seterusnya adalah 15 Julai,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Jutawan terkenal, SM Faisal dilihat hadir ke prosiding itu bersama peguamnya.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

MEDIA VARIASI difahamkan prosiding kes keganasan rumahtangga ini mengambil masa sehingga lebih enam tahun sejak ia difailkan pada 2016 kerana Faisal pernah dilepaskan dan dibebaskan tanpa perbicaraan.

Namun kemudiannya, pihak pendakwa raya mengemukakan rayuan agar kes ini dibuka semula dan kes ini mula berjalan.

Dalam keputusan awal mengenai hukuman penjara, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur Fouzi Mokhtar dipetik berkata, Emilia dijatuhi hukuman itu selepas beliau gagal menghantar anak-anaknya kepada Faisal seperti diperintah oleh mahkamah.

Fouzi dipetik berkata, hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia adalah wajar kerana dia dengan sengaja melawan persetujuan penghakiman.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

Author

Pilihan Editor