KUALA LUMPUR: “Demi keadilan, saya benarkan peguam Emilia Hanafi memfailkan permohonan untuk mengenepikan komital yang difailkan bekas suami, SM Faisal SM Nasimuddin,” kata Hakim Syarie, Azzeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah petang tadi.
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis
Beliau berkata demikian pada prosiding kommital ke lapan yang difailkan oleh SM Faisal pada tahun 2019 mengenai penukaran lokasi lawatan bagi sesi pertemuan anak-anak dengan jutawan itu.
Peguam syarie yang mewakili Emilia, Nazri Yahya berkata, ia mengenai lawatan anak bapa pada 6 September 2018 dan 18 Oktober 2018.
“Emilia didakwa melanggar penghakiman persetujuan kerana tukar lokasi tidak hantar anak ke rumah di Serene Kiara.
“Namun pada hari ini mahkamah benarkan untuk failkan notis mengenepikan perintah komital tersebut, pihak-pihak kena berhujah selepas ini katanya demi keadilan. Keputusan akan dimaklumkan pada 21 September 2022.
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis
“Ini adalah kes komital ke lapan, kes komital ke tujuh difailkan bekas suami yang membawa Emilia ke penjara kerana menukar ganti tarikh lawatan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
SM Faisal bersama peguamnnya Ummi Kartini hadir prosiding hari ini dan dimaklumkan dikecualikan kehadirannya pada hari keputusan nanti berikutan akan ke luar negara.
Emilia sebelum ini menyerah diri menjalani hukuman penjara seminggu selepas gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah berhubung lawatan oleh bekas suaminya, Pengerusi Eksekutif Naza World terhadap anak-anak mereka.
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis
Terdahulu, pada 4 September 2019, Emilia dikenakan hukuman penjara tersebut selepas Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan permohonan komital difailkan SM Faisal SM Nasimuddin selepas bekas isterinya itu menukar ganti tarikh lawatan tanpa persetujuannya.
Wanita itu kemudian memfailkan rayuan berhubung komital di Mahkamah Rayuan Syariah di sini, namun rayuannya dibuang tanpa kehadirannya (kerana tidak dimaklumkan tarikh prosiding berkenaan) pada 1 Disember 2020.
Pemenjaraan Emilia di Penjara Wanita Kajang mendapat liputan meluas media berikutan pengalamannya berbogel dan ketuk ketampi di depan puluhan penghuni penjara lain serta kesukaran solat sedangkan beliau pesalah syariah.
Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral, Datuk Nordin Muhamad, memberitahu pesalah Syariah dan kesalahan kecil, sebenarnya ada pilihan untuk tidak menjalani hukuman pemenjaraan iaitu Perintah Kehadiran Wajib (PKW) iaitu kerja komuniti.