HomeBeritaIsu Emilia Hanafi, syariah dibentang di Konvensyen Wanita BN

Isu Emilia Hanafi, syariah dibentang di Konvensyen Wanita BN

KUALA LUMPUR: Isu wanita tertindas dan syariah seperti kes Emilia Hanafi bakal menjadi agenda utama Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada 14 Ogos nanti.

Konvensyen bertemakan Perkasa Wanita, Negara Stabil bertempat di Dewan Tun Hussein Onn itu akan membentangkan isu wanita khususnya membabitkan undang-undang syariah yang dilihat seperti ditekan dan tertindas.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rosni Sohar, berkata isu dan aduan membabitkan wanita mengenai tuntutan nafkah dan harta selepas cerai, digantung tidak bertali dan lain-lain dilihat tidak pernah selesai bertahun-tahun.

Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi

Katanya, isu berkenaan sentiasa diperjuangkan malah sehingga saat ini.

“Wanita bila berpisah, tiada harta, nafkah, lama digantung tidak bertali, ini yang perlu diperjuangkan (dibantu).

“Sudah tiba masanya isu syariah kita bawa dan Wanita UMNO akan mendesak kerajaan untuk mengambil perhatian dalam isu ini kali ini,” katanya yang menjangkakan 1,000 kehadiran ke konvensyen itu.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO/BN Selangor itu berkata demikian kepada MEDIA VARIASI selepas Program Pemerkasaan Jalinan Rakyat Parti Makkal Sakti bersama BN di Dewan Auditorium UMNO, di WTC di sini.

Yang turut hadir, Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran.

Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi

Author

Pilihan Editor