EPISOD pergaduhan antara selebriti Zarina Anjoulie atau mesranya Anju dan pemilik salun, Danny dilihat tidak berpenghujung.
Dunia warganet kecoh membincangkan sikap kedua-duanya kerana personaliti lantang kata netizen mulut tiada insurans mereka.
Berita berkaitan: Pemilik salun, Danny berang Anjoulie petik nama
Anju menerusi live di instagramnya berkata lelaki itu hanya pandai ‘menyalak’ dakwa hendak saman sahaja tetapi tidak mampu untuk meneruskan saman.
“Ramai orang macam ini, pandai menyalak sahaja tetapi sebenarnya tiada duit bayar peguam untuk saman.
“I am here to talk fact, empat orang aku dah saman jadi kau (Danny) bayar peguam dahulu baru boleh saman.
“Danny serang doktor (klinik kecantikan) viralkan Anju ntah-ntah polis akan sumbat kau dalam lokap, kau tiada duit pun hendak ‘proceed’ saman.
“Kau kata pasal Allah balas kalau kau sendiri yang ubah ciptaan Allah, jangan cakap pasal Allah jika kau sendiri tak betul,” luah Anju berulang kali di media sosialnya.
Berita berkaitan: Pemilik salun, Danny berang Anjoulie petik nama
MEDIA VARIASI sebelum ini menyiarkan luahan Danny yang mendakwa tidak pernah mengenali rapat atau bertentang muka, tiba-tiba nama pemilik salun Danny Rich dipetik Anju menerusi ‘live’ di instagram milik artis kontroversi itu.
Menerusi TikTok therealdannyqaseh yang diulang siar di FB Danny Rich Salon dengan lebih 5,000 tontonan, lelaki yang dikenali Danny itu berang terhadap tindakan Anju yang dikatakan menohmahnya.
Terdahulu, kisah Danny pernah tular selepas membuat sidang media keadaan hidungnya rosak akibat pembedahan oleh pihak yang tidak bertauliah atau memiliki lesen LCP khusus untuk pembedahan.