HomeBeritaWarga emas didakwa ceroboh tanam bunga atas tanah Datuk Seri

Warga emas didakwa ceroboh tanam bunga atas tanah Datuk Seri

BENTONG: Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Bentong, Pahang pada 12 Ogos lalu atas kesalahan menceroboh tanah milik syarikat seorang Datuk Seri sejak 2011.

Tertuduh, Yam Ken Lap @ Yam Beng Sooi, 76, didakwa mengikut Seksyen 5 dan 6(1) Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (Akta385).

Mengikut dua kertas pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin, tertuduh meneroka tanah milik Datuk Seri itu untuk tujuan menanam bunga di kawasan Ringlet, Cameron Highlands.

Sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya, tertuduh tidak mengaku salah.

Mahkamah kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 12 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Author

Pilihan Editor