HomeBeritaIsu tanah 99 sen: Peneroka Felda Lembah Klau tidak putus asa, buat...

Isu tanah 99 sen: Peneroka Felda Lembah Klau tidak putus asa, buat laporan polis

RAUB: Sekumpulan peneroka Felda Lembah Klau, di Pahang hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan terhadap pampasan nilai tanah tidak masuk akal pada harga 99 sen.

Seramai 51 peneroka membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, di sini, pagi ini.

Jurucakap kepada peneroka berkenaan memaklumkan, pihak polis turut memberikan kerjasama baik.

Bongkar Siri 1: Tanah Melayu harga 99 sen!

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan pembongkaran bersiri tentang penyelewengan pengambilan tanah peneroka Felda di Parlimen Raub itu bahawa harga melampau bagi seekar tanah iaitu 99 sen kaki persegi, dijual bagi projek Pembinaan Empangan Klau pada tahun 2008.

Bantahan 447 peneroka itu sudah berlangsung 14 tahun namun tidak diendahkan, nilai tanah yang amat rendah dibayar berbanding RM3.45 kaki persegi ketika perjanjian asal.

Susulan itu juga, terdapat dakwaan wakil rakyat cuba mendapatkan senarai warga peneroka Felda Lembah Klau yang belum menerima pampasan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Bongkar Siri 1: Tanah Melayu harga 99 sen!

Susulan daripada itu juga, mereka turut memohon dan merayu bantuan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, untuk mencemar duli melihat sendiri keperitan rakyat menuntut pembelaan berhubung nilai tanah tidak masuk akal, sejak lebih 10 tahun lalu itu.

Ini kerana, mereka tiada pilihan lain lagi untuk mendapatkan keadilan selepas beberapa pertemuan dengan pihak berkaitan termasuk kerajaan, Felda, pegawai daerah dan negeri yang sehingga kini belum menerima maklum balas.

Bongkar Siri 1: Tanah Melayu harga 99 sen!

Author

Pilihan Editor