SEMENYIH: ‘Toyol’ tanah Yap Kwang Seng yang didakwa berani memindah nama tanpa kebenaran pemilik asal tanah kurniaan Sultan Selangor di Lot 189 Jalan Yap Kwan Seng turut mengemukakan dokumen AA 1/62 yang diragui keasliannya.
Berita berkaitan: Toyol guna PA palsu rampas tanah
Dokumen AA 1/62 adalah kelulusan permohonan yang juga boleh membuktikan status pemilik asal tanah.
Lebih menghairankan, dokumen berkenaan dipulangkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) setelah 12 tahun tuntutan oleh pewaris tanah Omar Muhammad Unni dikemukakan.
Omar berkata, permohonan untuk mendapatkan dokumen AA 1/62 ini telah dibuat pada 2005 namun pihak PTG memaklumkan secara bertulis ianya sudah hancur.
“Apa makna hancur? Maknanya sudah musnahlah kan dan takkan dapat balik?
Berita berkaitan: Toyol guna PA palsu rampas tanah
“Tetapi selepas kami menggunakan khidmat guaman pada 2017 memaklumkan kepada pemaju tidak boleh mengadakan pelancaran hartanah Residensi Scarletz di atas tanah berkenaan selagi dokumen itu tidak dijumpai.
“Setelah dua kali majlis pelancaran dibatalkan kerana ketiadaan dokumen AA 1/62, menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai sehingga menyebabkan ‘toyol-toyol’ ini mencari solusi.
“Mereka secara ajaibnya menyerahkan dokumen AA 1/62 dalam keadaan amat meragukan keasliannya dipercayai palsu.
Berita berkaitan: Toyol guna PA palsu rampas tanah
“Pada awalnya ‘toyol-toyol’ ini enggan menyerahkan dokumen itu, tetapi saya pertikai semula kenapa tidak boleh serahkan sedangkan saya ada surat perakuan dari Tengku Laksamana yang mengatakan tanah itu kurniaan Sultan Selangor milik arwah bapa saya jadi saya ada hak untuk melihat dokumen itu secara dekat.
“Satu salinan fotokopi dokumen AA 1/62 itu kemudiannya diserahkan kepada saya.
“Dokumen itu dipercayai telah diubah suai (mencurigakan),” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Berita berkaitan: Toyol guna PA palsu rampas tanah
Katanya, PTG telah membuat carian hampir 12 tahun, dokumen AA 1/62 dikatakan hancur, hilang dan tiada dalam simpanan.
“Peliknya, dapat notis guaman sahaja, AA 1/62 terus boleh dijumpai tidak sampai dua minggu pun….Pelik bukan?” katanya.
Terdahulu MEDIA VARIASI mendedahkan kegiatan ‘toyol’ tanah yang berani memindah milik nama tanpa kebenaran pemilik asal tanah kurniaan Sultan Selangor kepada tiga penama dalam sehari.
Kegiatan ‘toyol’ ini bermula di PTG di mana penukaran tanpa kebenaran berlaku pada 31 Mac 1965.
Berita berkaitan: Toyol guna PA palsu rampas tanah
Mantan Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Abd Aziz Abd Majid didakwa telah memasukkan namanya ke dalam geran Lot 189 Jalan Yap Kwan Seng tanpa merujuk dokumen AA/162.
Lapan bulan selepas penukaran nama itu, toyol kemudiannya memindahkan kepada nama isteri Abd Aziz, Raja Teh Zaiton pada 4 November 1995.
Berlaku perkara yang amat ajaib pada 4 Oktober 1996 apabila ‘toyol’ memindahkan daripada nama Raja Teh Zaiton kepada dirinya sendiri iaitu Raja Teh Zaiton.
Beberapa jam kemudian nama Raja Teh Zaiton dipindahkan ke syarikat pemaju Sea Strategy Sdn Bhd sebelum memindahkan nama tanah kepada syarikat Grand Monarch Sdn Bhd.
Berita berkaitan: Toyol guna PA palsu rampas tanah
Lebih aneh, Sea Strategy dan Grand Monarch pemiliknya sama iaitu Tan Kim Seng dan itulah yang berlaku pada 4 Oktober 1996.