HomeHiburanMalaysia rangkul tempat ketiga dalam Super 24 di Singapura

Malaysia rangkul tempat ketiga dalam Super 24 di Singapura

Oleh: SITI NS

PERTANDINGAN tarian yang popular, Super 24 muncul semula selepas dua tahun tidak diadakan.

Pasukan Malaysia yang menggelar diri mereka sebagai Zeppo Youngsterz membanggakan negara di Singapura apabila memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tarian yang diadakan di sana.

Pertandingan yang diadakan di Our Tampines Hub yang berlangsung selama dua hari pada hujung minggu lepas, terdiri daripada 39 pasukan dan setiap pasukan mempunyai 24 penari.

Pasukan penari masing-masing melakukan rutin selama 90 saat dalam pentas 8 meter kali 8 meter persegi. Pertandingan Super 24 itu menekankan kerja berpasukan dan kepintaran.

Pasukan penari Malaysia ini menggabungkan tarian hiphop dan silat dalam persembahan mereka. Kerana keunikan gabungan tarian mereka, Zeppo Youngsterz berjaya menewaskan pasukan dari pelbagai latar belakang dengan menduduki tempat ketiga dan sekaligus membawa pulang $2,000.

Author

Pilihan Editor