Oleh: ARRIAN ZAYNE
KUCHING: Penganjuran Borneo Music Festival Live 2022 mengangkat Sarawak di seluruh pelusuk dunia.
Demikian pendapat para pengunjung tempatan yang ditemui MEDIA VARIASI di Kampung Budaya Sarawak hari ini sempena hari pertama festival mega berkenaan.
Berita berkaitan: 6,000 tonton DJ Soda di Borneo Music Festival
Menurut Azlina Kapawi dirinya berbangga sebagai anak Sarawak kerana Sarawak berupaya menjadi lokasi penganjuran yang membawakan DJ terkemuka antarabangsa iaitu DJ Soda dan Alan Walker.
“Selama ini orang luar tahu Borneo sahaja namun ramai orang luar tidak tahu di mana Sarawak jadi festival ini saya yakin berjaya mengangkat nama Sarawak di dalam kepulauan Borneo,” ujarnya.
Sementara bagi Emilson Neville memberitahu dirinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri dua DJ terkemuka beraksi di Kampung Budaya Sarawak.
Berita berkaitan: 6,000 tonton DJ Soda di Borneo Music Festival
“Saya datang awal demi untuk mendapatkan tempat terbaik bagi menyaksikan DJ Soda” katanya hadir di Kampung Budaya Sarawak seawal jam 3 petang.
Menurut anak muda berusi 23 tahun ini kejayaan Sarawak membawakan artis terkemuka antarabangsa ke Bumi Kenyalang disifatkannya sebuah lagi kejayaan Sarawak merangsang ekopelancongan negeri.
Manakala Shima Kapawi berkata, ini kali pertama dia menyertai pesta muzik bertaraf antarabangsa di negeri sendiri.
Berita berkaitan: 6,000 tonton DJ Soda di Borneo Music Festival
“Saya terpegun melihat suasana Kampung Budaya Sarawak dijadikan pentas persembahan bertaraf dunia kerana dikelilingi kehijauan serta inilah menjadikan keunikan festival ini,” katanya.
Suasana di sini kata Shima tidak panas serta keluasan Kampung Budaya Sarawak memberi keselesaan kepada semua pengunjung.
Hari pertama Borneo Music Festival Live 2022 semalam menyaksikan pentas hutan hujan Kampung Budaya Sarawak digegarkan oleh artis tempatan serta barisan artis antarabangsa selama tujuh jam bermula 5 petang hingga 12 tengah malam.