HomeHiburan6,000 tonton DJ Soda di Borneo Music Festival

6,000 tonton DJ Soda di Borneo Music Festival

Oleh: ARRIAN ZAYNE

SANTUBONG: Lebih 6,000 pengunjung untuk lihat sendiri DJ Soda di Borneo Music Festival Live 2022.

Rata-rata pengunjung terpesona dengan kelincahan DJ Soda menggegarkan pentas Kampung Budaya Sarawak.

Berita berkaitan: 8,000 lautan manusia banjiri Borneo Music Festival Live 2022 demi Alan Walker

Kelihatan pengunjung hadir membanjiri lokasi yang sinonim sebagai festival muzik hutan hujan dunia itu semalam walaupun kemunculan gadis Korea ini dipenghujung acara.

Beraksi sekitar satu jam, DJ Soda kelihatan lincah dan bertenaga memukau orang ramai dengan persembahan lebih 10 jenis lagu diputarkan beliau.

Aliran muzik elektronik yang dipilihnya ialah ‘house electronic’ rata-rata digemari para pengunjung yang kelihatan tidak mahu melepaskan peluang merakam aksi DJ Soda sepanjang beliau di atas pentas.

Berita berkaitan: 8,000 lautan manusia banjiri Borneo Music Festival Live 2022 demi Alan Walker

Antara lagu yang diputar pemilik sebanar nama Hwang So-Hee ini adalah Zombie dendangan kumpulan lagenda Cranberries.

Terdahulu pentas digamitkan oleh Moski Love, DJ cantik kelahiran Indonesia dengan pelbagai putaran lagu terkini.

Seawal jam 5 petang orang ramai kekal setia menanti dan tidak berganjak daripada hadapan pentas untuk menonton artis pujaan masing-masing.

Berita berkaitan: 8,000 lautan manusia banjiri Borneo Music Festival Live 2022 demi Alan Walker

Barisan artis lain yang turut muncul semalam adalah DJ X Factor, MC Vibe & DJ PAul, DJ Ice Cream, Rynn Lim, DJ Chaca, Tuku Kame’ dan Buluh Berkocak.

Borneo Music Festival Live 2022 julung kali diadakan di Sarawak secara eksklusif oleh Firmament Event Studio dengan kerjasama More Entertainment dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Berita berkaitan: 8,000 lautan manusia banjiri Borneo Music Festival Live 2022 demi Alan Walker

Author

Pilihan Editor