HomeMV+BongkarMadrasah Darussolihin akui kelemahan surat aku janji

Madrasah Darussolihin akui kelemahan surat aku janji

KUALA LUMPUR: Madrasah Darussolihin Jalan Kebun Shah Alam yang didakwa terbabit isu dera ala ‘militan’ mengakui surat aku janji sebelum menyerahkan anak masuk ke madrasah ada kelemahan.

Berita berkaitan: Polis siasat dakwaan penghuni madrasah didera ala militan

Wakil Madrasah Darussolihin, Ridzuan berkata, perkara itu berlaku kerana mereka tiada pengetahuan dalam aspek undang-undang tetapi sedar perlu menyediakan surat aku janji sebelum menerima pelatih.

“Kami sedar ada kekurangan itu, dan menyerahkannya kepada siasatan polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk beri panduan untuk tambah baik syarat dan peraturan aku janji berkenaan.

“Polis, SUHAKAM, AADK sudah datang melawat tempat ini jadi kita tunggu sahajalah keputusannya.”

“Mengenai isi kandungan surat aku janji adalah datang daripada keputusan mudik (pengetua) dan kami sedia untuk tambah baik,” katanya kepada MEDIA VARIASI di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia di sini semalam.

Berita berkaitan: Polis siasat dakwaan penghuni madrasah didera ala militan

Beliau mengulas mengenai pendedahan ibu kepada pelajar yang mendakwa didera ala militan di madrasah berkenaan mengenai surat aku janji yang menyenaraikan 13 perkara (klausa) dan kebanyakannya melanggar prinsip kemanusiaan dan Perlembagaan.

Klausa pertama dan kedua di bawah peraturan itu ialah Mykad, lesen, pasport atau sebarang dokumen pengenalan diri, wang, dompet, kad bank dan barang peribadi pelajar akan disimpan pihak madrasah melainkan diminta pihak keluarga.

Berita berkaitan: Polis siasat dakwaan penghuni madrasah didera ala militan

Klausa ketujuh menyebut, jika berlaku kemalangan, kematian atau apa-apa tidak diingini sepanjang anak jagaan dirawat dan dipulihkan, penandatangan dan ahli keluarga tidak akan menuntut sebarang bayaran ganti rugi atau tindakan mahkamah, sebaliknya reda dengan ketentuan Ilahi.

Klausa ke lapan di bawah peraturan sama, menyebut pelajar tidak dibenarkan cuti selama tempoh tiga tahun.

Klausa ke 13, menyebut ibu bapa atau penjaga memberi kuasa mutlak kepada pihak madrasah untuk mengambil pelajar di mana-mana sahaja tanpa perlu kebenaran bertulis dan lisan daripada ibu bapa penjaga.

Berita berkaitan: Polis siasat dakwaan penghuni madrasah didera ala militan

Ridzuan hadir bersama tiga lagi wakil madrasah dan selepas sejam perbincangan dengan pihak media, ibu kepada pelajar madrasah yang mendakwa didera ala militan turut menyertai perbincangan.

Ridzuan mengesahkan madrasah berkenaan menjalankan pusat pemulihan dadah secara tidak sah sejak 2002 dan hanya sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada tahun 2018.

Bagaimanapun Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon pula menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, pendedahan pelajar didera ala militan ketika mengikuti ‘rawatan pemulihan’ di madrasah di Shah Alam.

Berita berkaitan: Polis siasat dakwaan penghuni madrasah didera ala militan

Susulan pendedahan itu, dimaklumkan, madrasah berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau AADK.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengesahkan laporan diterima dan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad menjalankan siasatan dakwaan isu pelanggaran hak asasi manusia di madrasah berkaitan, bagi menjalankan fungsi statutorinya di bawah Seksyen 4 dan 12 Akta SUHAKAM 1999.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memaklumkan kes madrasah yang didakwa dera pelajar ala militan telah dibawa kepada pihak polis.

Berita berkaitan: Polis siasat dakwaan penghuni madrasah didera ala militan

Author

Pilihan Editor