HomeMV+BongkarMadrasah militan: Yuran kemasukan, bulanan masuk dua akaun peribadi

Madrasah militan: Yuran kemasukan, bulanan masuk dua akaun peribadi

KUALA LUMPUR: Satu persatu terbongkar susulan pendedahan pelajar didera ala militan di sebuah madrasah di Shah Alam, dan terbaharu, ibu bapa mendakwa transaksi yuran pusat ‘pemulihan’ berkenaan dimasukkan ke dua akaun peribadi.

Berita berkaitan: SUHAKAM siasat madrasah dera ala militan

Ibu mangsa, yang mahu dikenali sebagai Ina mendedahkan, yuran kemasukan pendaftaran berjumlah RM1,760 dimasukkan ke dalam akaun Maybank dengan penama individu.

Yuran bulanan berjumlah RM630 pula dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam individu sama sejak April hingga Ogos, tempoh sebelum ibu selamatkan mangsa.

Bagaimanapun, pihaknya mendakwa menerima resit daripada pertubuhan madrasah berkenaan, tidak selari dengan transaksi ke dua akaun peribadi.

Berita berkaitan: SUHAKAM siasat madrasah dera ala militan

“Malam tu, kalau nak ambil anak, perlu bayar RM11,000 lebih, sebab dalam perjanjian.

“Tapi masa bayar daftar, di bawah pertubuhan, duit masuk dalam akaun peribadi ustaz.”

“RM1,760 yuran kemasukan, kemudian bulanan RM630, resit di bawah pertubuhan madrasah, saya bayar April hingga Ogos, bulan terakhir sebelum saya ambil semula anak saya,” katanya.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, pendedahan pelajar didera ala militan ketika mengikuti rawatan Islam di madrasah di Shah Alam.

Berita berkaitan: SUHAKAM siasat madrasah dera ala militan

Susulan pendedahan itu, dimaklumkan, madrasah berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Dokumen perjanjian surat aku janji yang ditandatangani pihak ibu bapa dan institusi, dipercayai tidak sah.

Pihak pengurusan madrasah juga menyimpan MyKad penghuni-penghuninya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengesahkan laporan diterima dan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon pula menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.

Berita berkaitan: SUHAKAM siasat madrasah dera ala militan

 

Author

Pilihan Editor