KUALA LUMPUR: Pendedahan pelajar didera ala militan ketika mengikuti ‘rawatan’ di madrasah di Shah Alam membongkar perjanjian surat aku janji yang ditandatangani pihak ibu bapa dan institusi, dipercayai tidak sah.
Berita berkaitan: Madrasah militan: Yuran kemasukan, bulanan masuk dua akaun peribadi
Surat aku janji berkenaan menyenaraikan 13 perkara (klausa) dan kebanyakannya melanggar prinsip kemanusiaan dan Perlembagaan.
Klausa pertama dan kedua di bawah peraturan itu ialah Mykad, lesen, pasport atau sebarang dokumen pengenalan diri, wang, dompet, kad bank dan barang peribadi pelajar akan disimpan pihak madrasah melainkan diminta pihak keluarga.
Klausa ketujuh menyebut, jika berlaku kemalangan, kematian atau apa-apa tidak diingini sepanjang anak jagaan dirawat dan dipulihkan, penandatangan dan ahli keluarga tidak akan menuntut sebarang bayaran ganti rugi atau tindakan mahkamah, sebaliknya reda dengan ketentuan Ilahi.
Berita berkaitan: Madrasah militan: Yuran kemasukan, bulanan masuk dua akaun peribadi
Klausa ke lapan di bawah peraturan sama, menyebut pelajar tidak dibenarkan cuti selama tempoh tiga tahun.
Klausa ke 13, menyebut ibu bapa atau penjaga memberi kuasa mutlak kepada pihak madrasah untuk mengambil pelajar di mana-mana sahaja tanpa perlu kebenaran bertulis dan lisan daripada ibu bapa penjaga.
Berita berkaitan: Madrasah militan: Yuran kemasukan, bulanan masuk dua akaun peribadi
Mengulas klausa ini, peguam Nizam Bashir berkata, apa-apa yang bercanggah dengan kemanusiaan adalah tidak sah.
“Perlembagaan menetapkan bahawa sebarang undang-undang yang tidak selaras dengan Perlembagaan adalah tidak sah.
“Prinsip ini bagi menyatakan sifat keluruhan Perlembagaan berbanding undang-undang lain.
“Berkaitan, Perlembagaan menjamin kebebasan asasi dan kebebasan asasi ini juga antara prinsip asas Perlembagaan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Berita berkaitan: Madrasah militan: Yuran kemasukan, bulanan masuk dua akaun peribadi
Malah lebih mengejutkan walaupun ada beberapa klausa ditulis sebagai peraturan madrasah, bagaimanapun ia ‘dibenarkan berlaku di madrasah berkenaan’.
Klausa ke 10 dalam dokumen terbabit menyatakan, dadah, arak, gam, barang kemas, telefon bimbit, senjata tajam seperti pisau, jarum, paku selain senjata tumpu seperti pemutar skru, spanar, dan lain-lain dilarang di bawa masuk ke dalam madrasah.
Namun menerusi kenyataan laporan polis, pelajar mendakwa dia dipukul dengan spanar oleh pihak madrasah.
Perkara 12 surat aku janji menyebut tentang perlakuan sumbang, kecederaan dan kesalahan yang membawa kepada perlanggaran undang-undang negara turut dilarang.
Berita berkaitan: Madrasah militan: Yuran kemasukan, bulanan masuk dua akaun peribadi
Namun menerusi kenyataan laporan polis, mangsa mendakwa diganggu secara seksual, didera ala militan dan diperlakukan seperti binatang.
MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan hasrat seorang pemuda untuk menimba ilmu agama di sebuah madrasah sambil mendapatkan rawatan bertukar mimpi ngeri apabila menerima cara pemulihan berbentuk penderaan ala militan, sejak April lalu
Madrasah yang terletak di Shah Alam itu agak dikenali sebagai pusat pemulihan golongan yang ada masalah ketagihan, gangguan dan lain-lain.
Ibu pelajar berkenaan, turut mendedahkan berlaku ‘rusuhan’ dan tuntutan wang RM11,970 oleh pihak madrasah dalam misi selamatkan anaknya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan laporan diterima dan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Ketua Pengarah Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah.