HomePendidikanIKMa sasar pengambilan 500 pelajar Disember ini

IKMa sasar pengambilan 500 pelajar Disember ini

PETALING JAYA: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) komited dalam merealisasikan negara keusahawanan mendepani krisis ekonomi dunia lebih besar dijangka berlaku pada akan datang.

Justeru, IKMa, sebuah universiti pembangunan dan mengembangkan latihan serta pendidikan koperasi, menyasarkan pengambilan seramai 500 pelajar menyertai pelbagai jenis kursus dan latihan dalam pelbagai peringkat pengajian.

Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor berkata, tempoh pengambilan berlaku selewat-lewatnya pada Januari 2023, dan menyediakan tiga fasa semester dalam satu tahun.

“Sebelum ini kita sudah membatalkan Kolej ICOOP (International Cooperative Enterpreneurship College) kerana ingin menumpukan (pentadbiran) universiti.

“Untuk IKMa, kita masukkan empat program awal masing-masing dua diploma dan dua sarjana muda, dan tahun depan peringkat sarjana, selepas cohort sarjana, kita laksanakan peringkat doktor falsafah (PhD),” katanya pada sidang media, di sini.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Perasmian Konvensyen Aspirasi Koperasi Malaysia (AsKOM) disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Konvensyen berkenaan membabitkan kerjasama IKMa, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Wisma Angkasa, Kelana Jaya, di sini.

Turut hadir, Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah dan Timbalan Pengerusi SKM, Amran Abdul Kadir.

Mohd Ali berkata, pengajian IKMa juga dibiayai oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), selain mempelawa Top 100 koperasi terbesar negara untuk menaja pelajar dan ahli di universiti, selain di peringkat SKM ditaja Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), selepas mendapat kelulusan beroperasi dalam masa terdekat.

“Kita masukkan dahulu kampus sementara di Jalan Templer. Kita sudah mendapat kelulusan penubuhan, dan sedang menanti kelulusan daripada MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) untuk mendapatkan akreditasi bagi membolehkan beroperasi yang dijangka selesai hujung November ini.

“Kita harap, ada kajian kepada aset (IKMa) dan selepas penubuhan Kabinet baharu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri rasmi pusat kami,” katanya.

Author

Pilihan Editor