HomeBeritaKJ lawat mangsa terhempas helikopter di Ipoh

KJ lawat mangsa terhempas helikopter di Ipoh

IPOH: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tampil meluangkan masa melawat mangsa kemalangan helikopter di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, hari ini.

Perkara itu dikongsinya menerusi ciapan di Twitter rasminya.

“Mangsa kemalangan helikopter semalam adalah anggota Pasukan Doktor Udara dari Kementerian Kesihatan Putrajaya.

“Mereka menyampaikan perkhidmatan kesihatan harian kepada masyarakat Orang Asli di pedalaman.

“InsyaAllah semua mangsa akan pulih sepenuhnya dengan bantuan dan rawatan daripada pakar, doktor dan jururawat dari HRPB, Ipoh,” tulisnya pada Khamis.

Ahli Parlimen Rembau itu turut menzahirkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menyelamatkan kesemua mangsa.

“Terima kasih kepada staf hospital Cameron Highlands, Pejabat Kesihatan Daerah Lipis, Bomba dan PDRM yang membantu operasi penyelamat,” ujarnya.

Semalam, seorang juruterbang dan lima penumpang termasuk seorang doktor cedera apabila sebuah helikopter jenis Eurocopter AS355F2 yang mereka naiki terhempas di Brinchang di Cameron Highlands, Pahang.

Author

Pilihan Editor