HomeEkspresiPesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil terima sambutan hangat

Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil terima sambutan hangat

Suasana meriah dengan kehadiran orang ramai pada Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil di Dataran Merdeka.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menganjurkan Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil di Dataran Merdeka pada 20 sehingga 21 Oktober 2022.

Seramai 506 usahawan, peniaga dan penjaja dari seluruh negara menyertai program ini.
Program berkenaan nyata mendapat sambutan yang menggalakan dan menjadi antara tarikan pelancong yang datang ke Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir merasmikan program tersebut, semalam.

Pelbagai acara seperti konsert diadakan di pentas utama Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil di Dataran Merdeka.
Terdapat pelbagai aneka makanan yang dijual menerusi ‘food truck’.
Suasana seperti Bazar Ramadan dan Pasar Malam pada Pesta Mega di Dataran Merdeka.
Antara jualan yang laris adalah variasi air daripada ‘Ayaq Gantung’.
Donut antara makanan yang menjadi kegemaran orang ramai.
Maskot ‘Spiderman’ turut menjadi perhatian pada Pesta Mega tersebut.
Pelbagai aneka minuman dijual di Dataran Merdeka.

Author

Pilihan Editor