HomeHiburanNad Zainal ditidurkan dua hari, paru-paru berdarah

Nad Zainal ditidurkan dua hari, paru-paru berdarah

CYBERJAYA: Pelakon jelitawan, Nad Zainal, 32, terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri.

Memetik laporan Kosmo, perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza menerusi satu pesanan WhatsApp sebentar tadi.

“Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.

“Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini. Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” kata Aina.

Sementara itu, pelakon yang merupakan rakan akrab Nad, Ungku Ismail Aziz memohon orang ramai supaya mendoakan kesembuhan Nad atau nama sebenarnya, Nadia Zainal Abidin.

“Saya pohon doa-doa semua buat Nad Zainal yang dimasukkan ke wad ICU (semalam) disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.

“Beberapa prosedur telah dilakukan dan menurut doktor yang merawatnya keadaannya stabil tapi keadaannya tidak berapa okey. Mohon doa ya semua. Allahumma Yashfiihaa,” coretnya menerusi Instastory.

Sebelum ini, media melaporkan pelakon kecik molek itu dimasukkan ke ICU hospital swasta berkenaan selepas dua hari keadaan kesihatannya tidak begitu baik barangkali akibat simptom Long Covid.

Author

Pilihan Editor