HomeBeritaPolitikAnnuar Zaini mohon maaf kepada Setiausaha Bersatu Perak

Annuar Zaini mohon maaf kepada Setiausaha Bersatu Perak

CYBERJAYA: Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini memohon maaf kepada Bersatu Perak atas kekhilafannya yang mendakwa parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Malahan, beliau mengakui menulis perkara tidak sahih dalam sebuah kumpulan aplikasi WhatsApp berhubung perkara itu yang kemudian ditularkan.

“Kpd (Kepada) Dato Zainol Fadzil saya sangat mohon maaf kerana memasukkan elemen tidak sahih yang disampaikan kpd saya.

“Saya mohon maaf di atas kesilapan fakta tersebut,” kata beliau seperti dilapor Berita Harian pada Selasa malam.

Terdahulu, Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyatakan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu mengeluarkan kenyataan seperti didakwa.

Tegasnya, pihaknya tidak mahu mengulas tetapi kenyataan itu menjadi tular sekali gus menjatuhkan kredibiliti parti berkenaan.

Author

Pilihan Editor