KUALA LUMPUR: Ibu tunggal yang juga bekas isteri jutawan konglomerat, Emilia Hanafi dilaporkan telah gagal hadir ke mahkamah dan dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Berita berkaitan: PPIM saksi SM Faisal tidak hadir jumpa anak
Peguam Emilia, Nazri Yahya menyatakan terkejut sebaik sahaja mengetahui berkenaan perkara tersebut selepas ia dilapor dan disiarkan di media arus perdana, hari ini.
Nazri berkata, beliau akan memberikan penjelasan berhubung perkara ini kepada mahkamah, esok.
Katanya, berdasarkan rekod beliau, mahkamah menetapkan tarikh 20 Disember 2022 untuk Emilia memfailkan afidavit tambahan.
“Anak guam kami bersama peguam Encik Zaim telah tiba di mahkamah jam 8.30 pagi, semalam, untuk failkan afidavit. Mereka berada di pejabat pendaftaran mahkamah lebih kurang 1 jam dan selepas itu bersurai.
Berita berkaitan: PPIM saksi SM Faisal tidak hadir jumpa anak
“Jadi, esok kami akan beri penjelasan kepada mahkamah” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Dilaporkan, Hakim Syarie, Azzeman Omar mengeluarkan waran tangkap berkenaan selepas ketidakhadiran responden ke Mahkamah tanpa makluman.
Nazri Yahya juga menambah selepas anak guamnya menjalani hukuman 7 hari penjara awal tahun ini, dia tidak pernah gagal untuk HADIR mana-mana prosiding mahkamah syariah atau sivil.