HomeMV+BongkarBekas ratu cantik dedah pusat pemulihan rekrut penghuni berjihad

Bekas ratu cantik dedah pusat pemulihan rekrut penghuni berjihad

KUALA LUMPUR: Susulan pendedahan bekas ratu cantik negara dakwa dikurung secara salah dan didera di pusat pemulihan berdaftar Hulu Langat, wanita itu turut mendakwa penghuni direkrut untuk berjihad ke Indonesia.

Berita berkaitan: Pusat pemulihan gagal memulih, ramai cuba bunuh diri – Shakila

Nor Shakila Mohammad Saiful Islam, mendakwa pusat berkenaan akan melakukan majlis maulid setiap malam Isnin, tetapi dia berasa pelik kerana setiap kali majlis, staf pusat berkenaan akan bercerita mengenai jihad sebagai persediaan menghadapi peperangan.

“Setiap malam Isnin ada majlis maulid. Presiden pusat akan menyebarkan doktrin mengenai jihad cara mudah masuk syurga, dan berkata, kalau kita perlu berperang kita perlu sentiasa bersedia. Setiap malam Isnin mesti akan diulang ulang perkara sama.

“Dia akan selit juga cerita bagaimana dia mengagungkan pengalamannya menggunakan senjata M16, dia juga beritahu lebih baik tahu bagaimana cara menggunakan senjata sebagaimana dirinya sebagai persediaan.

“Sebenarnya saya tertanya apa kaitan cara pegang senjata dengan program pemulihan?

Berita berkaitan: Pusat pemulihan gagal memulih, ramai cuba bunuh diri – Shakila

“Pada waktu itu, saya dengar ada penghuni lelaki dihantar ke Indonesia untuk berjihad tetapi saya juga dengar dari penghuni lain sudah ramai dihantar ke sana,” katanya ketika ditemui MEDIA VARIASI.

Bekas pramugari itu juga turut mendedahkan, presiden pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bunuh sehingga membuatkan dirinya trauma.

Berita berkaitan: Pusat pemulihan gagal memulih, ramai cuba bunuh diri – Shakila

“Dia selalu berkata kalau sesiapa berani lari dari pusat ini, kamu akan ‘kena’.

“Presiden itu selalu kata di hadapan penghuni lain, mereka yang menentang apa yang kami buat, darah mereka halal dibunuh.

“Penghuni di sana ada memberitahu saya bahawa presiden berkenaan ada senapang di dalam pejabatnya dan ia menakutkan kami,” katanya lagi.

Bagi Nor Shakila, perkara yang disebut-sebut seperti di atas seperti tidak wajar dikeluarkan oleh pemimpin pusat pemulihan seperti itu.

Berita berkaitan: Pusat pemulihan gagal memulih, ramai cuba bunuh diri – Shakila

“Sejak keluar dari tempat itu, sehingga sekarang saya trauma dan tidur malam, bila bangun rasa macam keliru ada dekat rumah atau tempat pemulihan itu lagi atau tak,” katanya yang membuat satu akuan bersumpah (SD) mengenai pengalamannya di pusat berkenaan.

Nor Shakila, 27, adalah mangsa baharu mengalami pengalaman sama seperti beberapa mangsa lain di pusat sama cawangan berlainan, yang dilaporkan secara eksklusif oleh MEDIA VARIASI sebelum ini.

Nor Shakila dimasukkan ke pusat pemulihan itu disebabkan gangguan mistik (histeria) selama 40 hari, dan pernah dikurung, dan didera sehingga mengalami tekanan emosi, cedera di lengan akibat dipukul tiga batang kayu buluh yang diikat bersama sehingga kulit terbelah dua, benjol di kepala dan mata biru lebam, kepala dihempas ke dinding dan lantai.

Berita berkaitan: Pusat pemulihan gagal memulih, ramai cuba bunuh diri – Shakila

Nor Shakila adalah pelakon, model dan perunding kecantikan, pemegang gelaran Miss Lumiere International World Borneo 2021, Miss India Worldwide Malaysia 2018 (Miss Beautiful Skin), Miss Malaysia Kebaya 2017/2018, Ratu Kebaya 2017, Ratu Cheongsam 2017 dan Miss Petite Malaysia World 2016 di tempat ketiga yang juga memegang kategori Miss Popularity.

Negara baru-baru ini dikejutkan dengan isu madrasah yang kini diubah kepada rumah pemulihan tular di media sosial selepas didakwa mengurung dan mendera seorang penghuni lelaki secara salah, di Shah Alam, selepas dilaporkan secara eksklusif di MEDIA VARIASI.

Laporan itu mendapat pelbagai reaksi daripada polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), peguam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu.

Berita berkaitan: Pusat pemulihan gagal memulih, ramai cuba bunuh diri – Shakila

IKUTI PENDEDAHAN BEKAS RATU CANTIK DI MEDIA VARIASI

Author

Pilihan Editor