HomeMV+BongkarPusat pemulihan gagal memulih, ramai cuba bunuh diri - Shakila

Pusat pemulihan gagal memulih, ramai cuba bunuh diri – Shakila

KUALA LUMPUR: Hospital Permai, Tampoi dan Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan dikenali sebagai pusat rawatan dan pemulihan masalah kesihatan mental.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah hubungan sesama jenis di pusat pemulihan

Di pusat berkenaan, penghuni dibantu dengan kepakaran psikiatri sehingga mereka pulih sebelum dibenarkan pulang.

Namun sebuah pusat pemulihan berdaftar di Hulu Langat menggunakan nama agama tidak berfungsi sebagai memulih, sebaliknya menghasilkan penghuni yang berhadapan isu kesihatan mental setelah dikurung dan didera di pusat itu.

Perkara itu didedahkan bekas ratu cantik negara, Nor Shakila Mohammad Saiful Islam yang juga bekas penghuni pusat itu.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah hubungan sesama jenis di pusat pemulihan

“Saya dimaklumkan oleh penghuni lain yang didera, dipotong jarinya tetapi tidak putus, dipotong cuping telinga, alat sulit wanita dicili boh, disimbah air panas depan mata memang meninggalkan kesan trauma kepada saya.

“Malah boleh dikatakan hampir semua penghuni ada kesan parut di lengan masing-masing di mana mereka cuba bunuh diri.

“Ia berlaku kerana tekanan mental, emosi yang dahsyat apabila dikurung seperti banduan, tidak dibenarkan berhubung langsung dengan keluarga, jika sakit dibiar tanpa rawatan dan lain-lain.

“Saya juga pernah terdorong untuk bunuh diri setelah dirotan presiden pusat berkenaan dengan kulit terbelah dua, kepala dihempas ke lantai dan dinding,  diheret ke bilik air, selain dengan keadaan saya dikurung seperti banduan sedangkan saya cuma histeria sahaja, tiada isu kesihatan mental tetapi dilayan seperti binatang.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah hubungan sesama jenis di pusat pemulihan

“Pusat pemulihan umpama pusat yang melahirkan orang gila. Bukan saja penderaan fizikal tetapi juga emosi dan mental. Ini bukan melahirkan generasi pelapis negara, sebaliknya menghancurkan, ‘membunuh’ masa depan generasi muda di Malaysia,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Nor Shakila, 27, adalah mangsa baharu mengalami pengalaman sama seperti beberapa mangsa lain di pusat sama cawangan berlainan, yang dilaporkan secara eksklusif oleh MEDIA VARIASI sebelum ini.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah hubungan sesama jenis di pusat pemulihan

Nor Shakila dimasukkan ke pusat pemulihan itu disebabkan gangguan mistik (histeria) selama 40 hari, dan pernah dikurung, dan didera sehingga mengalami tekanan emosi, cedera di lengan akibat dipukul tiga batang kayu buluh yang diikat bersama sehingga kulit terbelah dua, benjol di kepala dan mata biru lebam, kepala dihempas  ke lantai dan dinding, diheret ke bilik.

Pelakon dan model itu turut mendakwa, dia diberitahu penghuni senior, ada penghuni lelaki direkrut untuk berjihad ke Indonesia, dalam majlis maulid setiap malam Isnin, kononnya sebagai persediaan menghadapi peperangan termasuk menceritakan pengalaman memegang senjata M16.

Bekas pramugari itu juga turut mendedahkan, presiden pusat berkenaan pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bunuh sehingga membuatkan dirinya trauma, namun sudah membuat satu akuan bersumpah (SD) mengenai pengalamannya di pusat berkenaan.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah hubungan sesama jenis di pusat pemulihan

Tambahnya lagi, tiada pemantauan atau lawatan mengejut dilakukan oleh mana-mana pihak bertanggungjawab seperti JKM, AADK atau PDRM ke pusat berkenaan sepanjang tempoh dia dikurung.

Nor Shakila adalah pelakon, model dan perunding kecantikan, pemegang gelaran Miss Lumiere International World Borneo 2021, Miss India Worldwide Malaysia 2018 (Miss Beautiful Skin), Miss Malaysia Kebaya 2017/2018, Ratu Kebaya 2017, Ratu Cheongsam 2017 dan Miss Petite Malaysia World 2016 di tempat ketiga yang juga memegang kategori Miss Popularity.

Negara baru-baru ini dikejutkan dengan isu madrasah yang kini diubah kepada rumah pemulihan tular di media sosial selepas didakwa mengurung dan mendera seorang penghuni lelaki secara salah, di Shah Alam, selepas dilaporkan secara eksklusif di MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah hubungan sesama jenis di pusat pemulihan

Laporan itu mendapat pelbagai reaksi daripada polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), peguam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu.

Author

Pilihan Editor