CYBERJAYA: Pernikahan antara pengarah popular, Syamsul Yusof dan isteri keduanya, Ira Kazar nyata menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.
Berita berkaitan: Syamsul Yusof ‘up’ gambar nikah kedua-dua isteri, minta mereka banyak bersabar
Ada yang marah dengan tindakan Syamsul kerana sanggup memadukan isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana, malah ada juga yang berpesan supaya reda kerana soal jodoh itu semua ditentukan oleh tuhan.
Namun, menjadi tumpuan apabila baru-baru ini netizen turut meminta pelakon, Aeril Zafrel untuk mengulas isu poligami memandangkan isu berkenaan hangat dibicarakan.
Bagaimanapun, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari enggan memberi sebarang penjelasan berhubung isu poligami itu.
Berita berkaitan: Syamsul Yusof ‘up’ gambar nikah kedua-dua isteri, minta mereka banyak bersabar
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan Aeril yang memilih ‘jalan selamat’ untuk tidak mengulas isu itu adalah kerana takut dimarahi isterinya, Wawa Zainal.
Dalam pada itu, ada juga yang memuji cara Aeril menjaga isterinya dan keluarga kerana membuktikan masih wujud lagi suami yang setia.
Berita berkaitan: Syamsul Yusof ‘up’ gambar nikah kedua-dua isteri, minta mereka banyak bersabar