HomeHiburanSyamsul Yusof 'up' gambar nikah kedua-dua isteri, minta mereka banyak bersabar

Syamsul Yusof ‘up’ gambar nikah kedua-dua isteri, minta mereka banyak bersabar

CYBERJAYA: ‘Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik’.

Berita berkaitan: Sarah tegur Syamsul lukai perasaan anak-anak

Itulah yang ditulis pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof menerusi hantaran di Instagram rasminya setelah beberapa hari menjadi kontroversi susulan perkahwinannya dengan Ira Kazar.

Dalam hantaran sama, Syamsul turut memuat naik dua keping gambar yang menyaksikan saat pernikahannya dengan isteri pertama yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan gambar bersama isteri kedua iaitu Ira yang juga anak kepada pelakon, Kazar Saisi.

Jumaat lalu, Syamsul, 38, membuat pendedahan bahawa dia telah menikahi Ira di Thailand secara sah dengan berwalikan Kazar.

Berita berkaitan: Sarah tegur Syamsul lukai perasaan anak-anak

Pengumuman itu nyata menjadi kontroversi dalam kalangan netizen di Malaysia sehingga isu kupasan berpoligami menjadi topik hangat hingga kini.

Malah, ada sebilangan daripada netizen khususnya dalam kalangan wanita menjadi berang atas tindakan Syamsul yang memberi madu kepada Puteri Sarah ditambah pula pernikahan itu berlangsung di Thailand.

Berita berkaitan: Sarah tegur Syamsul lukai perasaan anak-anak

Author

Pilihan Editor