HomeHiburanKeluarga Syamsul Yusof takkan maafkan Kazar - Patimah Ismail

Keluarga Syamsul Yusof takkan maafkan Kazar – Patimah Ismail

CYBERJAYA: Terkilan dengan tindakan pelakon terkenal, Kazar Saisi yang membantu anaknya, Ira bernikah dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, keluarga Syamsul tidak akan memaafkan beliau.

Berita berkaitan: Nak berpoligami boleh, tapi ikut cara betul – Yusof Haslam

Perkara itu dinyatakan ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail seperti yang terpapar dalam tangkapan skrin komennya mengenai kontroversi perkahwinan kali kedua anaknya yang tular di media sosial.

“Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya berkahwin dengan Syamsul dan telah merosakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka!

“Namun, kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu,” kata Patimah dalam komen tersebut.

Berita berkaitan: Nak berpoligami boleh, tapi ikut cara betul – Yusof Haslam

Tangkapan skrin komen Datin Patimah Ismail yang tular di media sosial.

Untuk rekod, Syamsul pada Jumaat mendedahkan dia telah menikahi Ira di Thailand dengan berwalikan ayah Ira iaitu Kazar.

Pengumuman Syamsul itu sekaligus menjadi titik noktah pada dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah yang sebelum ini mengulas supaya Syamsul tidak menafikan telah berkahwin dengan Ira berikutan tindakan Syamsul mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana menyebarkan fitnah mengenainya.

Malah, dipercayai hubungan mesra antara Syamsul dan Ira telahpun terjalin sejak empat tahun lalu.

Berita berkaitan: Nak berpoligami boleh, tapi ikut cara betul – Yusof Haslam

Author

Pilihan Editor