HomeHiburanNak berpoligami boleh, tapi ikut cara betul – Yusof Haslam

Nak berpoligami boleh, tapi ikut cara betul – Yusof Haslam

CYBERJAYA: Utamakan penggunaan saluran atau cara yang betul jika lelaki yang mampu mahu mengamalkan poligami, pesan penerbit dan pengarah terkemuka tanah air, Datuk Yusof Haslam.

Berita berkaitan: Enggan ulas isu poligami, netizen ‘label’ Aeril Zafrel takut bini

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai situasi anaknya yang juga pengarah, Syamsul Yusof yang sudah berkahwin kali kedua dengan Ira Kazar tanpa restu keluarga.

“Nak berpoligami tiada masalah kalau ikut cara yang betul. Tetapi bukan dengan cara senyap atau tidak ada jawapan.

“Kalau isteri tahu daripada awal, mungkin ada pertimbangan. Tetapi kalau sampai bertahun-tahun ia jadi bahan ‘rumor’, ada yang tak kena cara. Sebagai lelaki sepatutnya Syamsul selesai dengan cara baik,” katanya seperti dilapor Utusan pada Ahad.

Berita berkaitan: Enggan ulas isu poligami, netizen ‘label’ Aeril Zafrel takut bini

Untuk rekod, sebelum ini isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah mendakwa suaminya sudah bernikah dengan Ira secara diam-diam dan pada ketika itu, Syamsul mengumumkan mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana menyebarkan fitnah mengenainya.

Rumah tangga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dilanda badai susulan kewujudan pihak ketiga, Ira yang didakwa telah menjalin hubungan dengan Syamsul sejak empat tahun lalu.

Berita berkaitan: Enggan ulas isu poligami, netizen ‘label’ Aeril Zafrel takut bini

Pengumuman Syamsul pada Jumaat lalu menggemparkan dunia seni hiburan tanah air apabila beliau akhirnya mengaku sudah menikahi Ira di Thailand dengan berwalikan ayah mertuanya yang juga pelakon terkenal, Kazar Saisi.

Mengulas lanjut, Yusof hanya mampu berharap  Syamsul dapat bersemuka dan memujuk Puteri Sarah dengan baik jika benar dia masih sayangkan isteri pertamanya itu.

Jelasnya, tiada apa yang boleh dilakukannya sebagai seorang bapa kerana Syamsul sudah membuat keputusan sendiri dengan menikahi Ira tanpa restu keluarga.

Berita berkaitan: Enggan ulas isu poligami, netizen ‘label’ Aeril Zafrel takut bini

“Sudah bernikah bukan? Jadi saya harap semua dapat teruskan kehidupan. Baik saya, isteri, Sarah, Syamsul, keluarga, semua kena ‘move on’. Benda sudah jadi dan tidak dapat patah balik.

“Cuma saya harap, Syamsul dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa secara berhemah. Kalau kena pergi mahkamah selepas ini pun, selesai cara baik. Kalau jodoh berpanjangan, lakukan terbaik.

“Kalau benar sayangkan isteri, jagalah dan pujuklah dia baik-baik sebab Sarah pun sudah lama makan hati. Ini, pujuk pun tidak. Kalau tiada jodoh pun, kena reda tapi tanggungjawab tetap kena jalankan,” ujarnya.

Berita berkaitan: Enggan ulas isu poligami, netizen ‘label’ Aeril Zafrel takut bini

Tidak mahu mengulas banyak kerana nanti akan melukakan hati banyak pihak lain, Yusof mendoakan yang baik-baik buat anak, menantu dan cucu-cucunya.

Walaupun Yusof reda dengan apa yang terjadi, namun sukar untuk beliau membuang rasa ralatnya kerana Syamsul tidak mahu berterus-terang, menepis dan menipu spekulasi itu selama empat tahun ini.

“Kalau mengaku daripada awal, ia mungkin dapat diselesaikan dengan cara lebih baik dan tidak sampai jadi bahan permainan panas di semua media massa,” katanya lagi.

Berita berkaitan: Enggan ulas isu poligami, netizen ‘label’ Aeril Zafrel takut bini

Author

Pilihan Editor