CYBERJAYA: Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan pada 31 Januari lalu nyata mendapat sambutan positif daripada rakyat Malaysia.
Malah, menu yang pada mulanya hanya berfokuskan kepada makanan harian seperti set nasi berlauk itu juga berjaya menarik minat para peniaga lain untuk berniaga dengan memperkenalkan sajian hidangan Rahmah tersendiri.
Baru-baru ini, seorang peniaga durian turut mengambil inisiatif dengan memperkenalkan jualan ‘Durian Rahmah’ menerusi gerai buahnya, Durians Atok yang terletak di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.
Menurut peniaga, Md Yasin Arsad, Jelasnya, Durian Rahmah yang dijual sebekas dengan harga RM4.99 itu bukanlah bersifat untuk mengaut keuntungan walhal inisiatif berkenaan adalah bagi memastikan masyarakat khususnya golongan B40 yang kurang berkemampuan turut merasai kenikmatan ‘raja buah’.
Sejak Durian Rahmah diperkenalkan, gerai Durians Atok semakin menjadi perhatian sehingga menerima kunjungan orang ramai dan hampir 600 bekas Durian Rahmah laku dijual dalam masa sehari.
“Alhamdulillah, hari ni cipta rekod. Jumlah jualan Durian Rahmah sahaja 600 bekas. Terima kasih support semua,” tulisnya menerusi Facebook Durians Atok.
Selain Durian Rahmah, pengunjung juga boleh dapatkan aneka durian lain seperti durian Musang Kini, D24, XO dan Udang Merah.
Bagi anda yang berminat untuk menikmati keenakan Durians Atok dengan harga mampu milik, boleh singgah ke gerai di Lot 3718-A, Jalan Kampung Batu 7, Kampung Jalan Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor.
Tempahan juga dibuka dan anda boleh hubungi di talian www.wasap.my/+60192782726/durians_atok_delivery