KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa orang ramai supaya tidak terlalu mudah menghukum dalam sesuatu kemelut keluarga tanpa mengetahui kisah sebenar yang berlaku.
Emilia Hanafi telah berkunjung ke PPIM pada tahun 2017 dan ibu tunggal itu mengadu berhubung ancaman dan ugutan setelah kes keganasan rumah tangga dibawa ke mahkamah.
Enam tahun mengenali bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin itu cukup untuk mengetahui segala sisi turun naik susah senang ibu kepada tiga anak berkenaan.
Maksudnya lebih lama tempohnya berbanding netizen yang tidak berjumpa, mengenali diri lebih dekat diri Emilia.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan meminta orang ramai tidak cepat menghukum sesuatu yang tidak diketahui, difahami dalam kemelut Emilia dan bekas suaminya.
“Emilia pernah datang bertemu PPIM mengadu dirinya dan anak-anaknya diekori dengan 20 lelaki berada di luar sekolah anaknya, kes ini telah dilapor polis.
“Dia maklumkan pernah ada yang menakutkan dengan menunjukkan pistol senjata di koridor Mahkamah NCVC2, Mahkamah Sivil Kuala Lumpur, ia berlaku pada sekitar tahun 2017 segala gangguan (harrassment) and ‘stalking’ berlaku sehinggalah PPIM masuk campur bantu.
“Dia pernah maklumkan bagaimana setahun bekas suami culas membayar kos Sekolah Antarabangsa pada tahun 2020.
“Emilia terpaksa bergolok gadai demi memastikan anak-anak meneruskan kehidupan sepertimana kebiasaan mereka sebelum perceraian berlaku.
“Anak-anak masih zuriat bersama bukan bekas anak-anak setelah perceraian berlaku, dan tidak wajar kehendak mereka digadaikan kerana ibu bapa bercerai.
“Bapanya seorang jutawan dan berkemampuan jadi saya tidak lihat isu kenapa anak-anak tidak layak berada di sekolah antarabangsa, tambahan pula saya difahamkan mahkamah telah tolak permohonan injuksi bapa dan mengarahkan supaya anak-anak mereka kekal di sekolah antarabangsa sekarang ini.
“Keputusan mahkamah perlu dipatuhi namun kisah-kisah ini netizen tidak tahu, dan terus menghukum,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Emilia memberitahu Mahkamah Majistret bahawa anak-anaknya menerima nafkah RM2,000 sebulan yang dikatakan tidak mencukupi.
Segelintir netizen berkata anak-anak Emilia selaku cucu-cucu arwah Tan Sri SM Nasimuddin Kamal ini tidak wajar ditempatkan di sekolah antarabangsa kerana kosnya terlalu mahal.
Bagaimanapun segelintir lagi netizen berpendapat bahawa duit itu adalah nafkah kepada anak-anak seorang jutawan yang berpendapatan jutaan ringgit sebulan, yang tidak wajar dipersoalkan.
Dalam pada itu, Toqqi terpaksa menjelaskan sedekah yang dilakukannya kepada Emilia agar netizen lebih memahami situasi sukar Emilia.
“Kami bukan badan yang menjana keuntungan tetapi apabila tengok ada orang susah kita bantu apa yang mampu.
“Saya ingin berpesan kepada orang ramai jika tidak mampu berada di tempatnya, tidak mampu menghadapi ujian sepertinya, tidak mampu membantunya anak-anaknya, tidak berkata yang baik-baik, sebaiknya diam sahaja dan berdoa untuknya,” katanya.