CYBERJAYA: Pelakon, Aeril Zafrel memberi tempoh 24 jam untuk mereka yang mendakwa dia dibayar PN semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), meminta maaf kepadanya sebelum disamannya.
Pada ciapan Twitternya pada Jumaat, Aeril berkongsikan beberapa tangkap layar akaun Twitter warga maya yang didapati menuduhnya dengan dakwaan tersebut.
Aeril berkata, mereka yang mendakwa dia dan isterinya, Wawa Zainal menerima bayaran daripada PN haruslah meminta maaf secara terbuka atas dakwaan itu, jika tidak mereka akan disamannya.
“Korang nak aku buktikan kenyataan aku? ‘No problem’. Jumpa di mahkamah. Di dalam sana boleh sembang lebih sikit.
“Aku jamin korang akan dapat juga saman aku. Tapi aku bagi tempoh 24 jam pada korang untuk buat permohonan maaf terbuka dan ‘delete post’ berkaitan.
“Kalau ikut ‘law’ aku boleh saja tuntut nanti ganti rugi pada korang secara kiraan mudah RM10 x 490k dan belum campur yang lain lagi.
“Supaya situasi ‘makan tak abis’ tak berlaku kat korang adalah lebih baik berkelakuan matang dalam berfikir dan bertindak. Aku harap korang tak berdegil dan tidak pula menyesal kelak dengan kedegilan diri sendiri,” katanya.
F̲I̲N̲A̲L̲
Ini bebenang.
CABARAN TERBUKA
pada mereka di gambar yang disertakan ini.1️⃣ Sementara proses memdapatkan ip adresss korang sedang dibuat. Apa kata kalau korang benar buatlah tuduhan atau fitnah pada saya dengan sejelasnya dan report polis serta SPRM? pic.twitter.com/1Y009dsTAt
— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) February 3, 2023
Aeril yang telah menafikan dakwaan mereka itu turut mencabar mereka untuk melaporkan dakwaan tersebut kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) jika dakwaan mereka benar.
“Tapi jangan lupa bawa bukti yang boleh mendukung pertuduhan korang tu. Nak mudahkan kerja saya, kalau berani lah DM saya nama penuh dan alamat korang. Kalau boleh bagi http:// ‘number phone’ sekali,” cabarnya.
Aeril menegaskan bahawa tindakan saman yang akan dibuatnya itu adalah atas kapasiti peribadi dan tidak mencerminkan parti politik yang disokongnya itu.
“Tindakan yang bakal aku buat ini atas kapasiti peribadi dan isteri yang dipalit dengan tuduhan dusta dan fitnah ini sahaja.
“Ianya tidak mencerminkan mewakili parti politik berkaitan. Semoga yang lain matang dalam berpolitik,” jelasnya.
Untuk rekod, baru-baru ini seorang warga maya telah tampil membuat ciapan permohonan maaf terbuka di Twitter susulan menuduh pasangan itu mengambil upah untuk menghasut rakyat menyokong PN.