HomeHiburan‘Mungkin kerana kebaikan dan doa mama, Allah lindung mata kanan saya’ –...

‘Mungkin kerana kebaikan dan doa mama, Allah lindung mata kanan saya’ – Fasha Sandha

CYBERJAYA: Kecederaan di bahagian mata kiri pelakon, Fasha Sanda yang tercetus ketika sesi penggambaraan baru-baru ini menarik perhatian umum.

Bagaimanapun, aktres jelita tersebut dilihat masih kuat dan mampu tersenyum berdepan dengan kesakitan yang dialaminya itu.

Setelah beberapa hari menyepikan diri, Fasha, 39, tampil meluahkan kata menerusi hantaran di Instagram rasminya.

“Assalamualaikum. Kali ini menaip menggunakan sebelah mata. Mujur mata kanan masih sihat sempurna. Pertama kali, syukur Alhamdulillah, terima kasih buat mama. Mungkin kerana kebaikan dan doa-doa mama, Allah melindungi mata kanan saya.

“Juga saya pasti doa daripada suami, anak-anak saya, keluarga, peminat, sahabat, jiran-jiran dan kucing-kucing peliharaan saya. Saya terus kuat.

“Saya tidak pernah rasa tertekan. Tidak mahu menyalahkan sesiapa. Saya anggap Allah ingin saya berehat seketika. Ya, lapan hari yang begitu panjang buat saya,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon yang seringkali memegang watak ‘bergelinang air mata’ itu memaklumkan bahawa keadaan mata kirinya semakin beransur pulih.

“Kepada yang bertanya, keadaan saya ketika ini fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih. Tulang mata kiri saya patah, ada tisu, muscle dan darah beku.

“Walau begitu, saya tetap bersyukur mata kanan maish sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang dibenarkan pada saya daripada ujian ini,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor