HomeSukanPasukan RNF MotoGP jalin kerjasama dengan syarikat tenusu, Sterilgarda

Pasukan RNF MotoGP jalin kerjasama dengan syarikat tenusu, Sterilgarda

PASUKAN MotogGP CryptoDATA RNF hari ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat pengeluar tenusu dari Itali, Sterilgarda Alimenti untuk musim 2023.

Pengumuman sebagai rakan kerjasama itu dibuat melalui ciapan di laman Twitter rasmi Pasukan MotoGP CryptoDATA RNF semalam.

“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Sterilgarda syarikat produk tenusu yang terkenal sebagai rakan kongsi rasmi kami untuk musim 2023!”

Prinsipal pasukan RNF MotoGP, Datuk Razlan Razali berkata, mereka sangat teruja dengan kerjasama ini dan mengalu-alukan mereka ke dalam keluarga pasukan MotoGP CryptoDATA RNF.  

“Komitmen mereka terhadap kecemerlangan dan digabungkan dengan semangat kami untuk sukan ini, sudah pasti akan menjadi resipi kejayaan. Kami berharap untuk bekerjasama dan mempamerkan jenama mereka kepada rakan kongsi kami dan peminat MotoGP di seluruh dunia,” tambahnya.

Penglibatan Sterilgarda dalam perlumbaan motosikal Grand Prix bermula pada awal 2000-an. Mereka telah memberi sokongan dalam sukan ini apabila beberapa orang pelumba legenda dalam sukan ini telah meraih kejayaan yang tidak dapat dilupakan dalam kedua-dua Kejohanan MotoGP dan World Superbike Dunia. Pengumuman ini mewakili lembaran baharu dalam persatuan mereka dengan sukan itu. 

Pada musim lepas, Sterilgarda telah menaja pasukan Sterilgarda Max Racing dalam kategori Moto3 di bawah kendalian pelumba legenda, Max Biaggi. 

Rata-rata peminat di Malaysia memberi bayangan bahawa RNF Motogp akan bekerjasama dengan pelumba legenda itu. 

Author

Pilihan Editor