HomeEkspresiCuaca panas bukan alasan tak puasa, cari rezeki menjelang Aidilfitri

Cuaca panas bukan alasan tak puasa, cari rezeki menjelang Aidilfitri

PERITNYA berdiri di bawah sinaran cahaya matahari yang begitu panas, ditambah beban mengangkat barang-barang yang berat saat matahari terpacak di atas kepala semasa berpuasa adalah ujian kehidupan yang harus dijalani sekuat hati.

Lapar, dahaga dan letih, itulah dugaan insan yang bekerja dalam mencari sesuap nasi demi meneruskan kehidupan ditambah pula menjelang Syawal.

Ibadah puasa wajib ditunaikan dalam apa jua keadaan seperti tercatat dalam al-Quran yang menyuruh kita berpuasa sepertimana dilakukan oleh umat terdahulu.

Namun, dalam hal-hal tertentu termasuk sakit, umat Islam dibenarkan tidak berpuasa.

Di sebalik ketaatan menjalani ibadah puasa, ada segelintir umat Islam berasa sukar untuk menunaikannya. Namun begitu, mereka tetap gigih melaksanakan ibadah puasa walaupun dalam keadaan mereka melakukan kerja-kerja berat serta sentiasa terdedah panas terik cahaya matahari.

Pernahkah kita terfikir selain bermusafir dalam perjalanan yang jauh untuk bekerja di luar kawasan, terdapat insan-insan yang terpaksa menanggung cabaran yang lebih berat dalam berpuasa.

Lebih memeritkan apabila mereka terpaksa bekerja pada hujung minggu untuk menambah pendapatan bagi membuat persiapan menjelang hari raya.

Ikuti coretan jurugambar yang merasai sendiri pengalaman berjemur di bawah panas terik cahaya matahari dengan merakamkan aktiviti pekerja untuk mencari wang ringgit seperti pekerja binaan, pencari barangan terpakai dan pekerja kedai di ibu kota yang pesat dan membangun kini.

Author

Pilihan Editor