HomePendidikanIKMa beri lima jaminan kepada graduan sektor koperasi

IKMa beri lima jaminan kepada graduan sektor koperasi

KUALA LUMPUR: Masih ramai tidak nampak peluang kerja yang luas dalam sektor koperasi yang menyebabkan berlaku lambakan graduan menganggur dalam sektor lain.

Malah peringkat pengurusan koperasi kebanyakannya dipelopori golongan warga emas yang sudah bersara, mengakibatkan sektor ini semakin lemah tanpa diwariskan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Insitut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor berkata, menerusi program Sarjana yang ditawarkan di Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia dibawah semangat Membangun Malaysia Madani, terdapat lima perkara yang memberi jaminan kepada graduan dalam kebolehpasaran kerja.

“Pertama, koperasi besar akan jadi pemegang taruh kepada universiti, kedua, ahli-ahli koperasi akan menghantar anak mereka ke pusat pengajian ini, ketiga koperasi besar berkenaan akan membiayai pinjaman atau biasiswa sepanjang pengajian.

“Kedua, ahli-ahli koperasi akan menghantar anak mereka ke pusat pengajian ini, ketiga koperasi besar berkenaan akan membiayai pinjaman atau biasiswa sepanjang pengajian.

“Keempat, koperasi besar bersedia untuk menerima pelajar bagi program latihan industri. Buat masa ini IKMa  telah bekerjasama dengan empat universiti dimana para pelajar ditempatkan dibeberapa buah koperasi.

“Sebagai contoh koperasi besar seperti Petronas akan jadi payung kepada penempatan kerja, jika mereka ada tujuh cawangan stesen minyak, graduan akan diserapkan setiap kali ada kekosongan,” katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa IKMa di Sunway Putra Hotel di sini.

Turut hadir, Timbalannya, Mohd Zaid Mat Yunus dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) IKMa, Hamidah Mohd Jos.

Seramai 150 tetamu jemputan hadir dan kebanyakannya wakil agensi media.

Dalam pada itu, Mohd Ali menambah, banyak universiti swasta gulung tikar selepas pandemik COVID-19, tetapi universiti ini membuka pintu baharu cuma kesedaran awam mengenainya masih kurang.

“Terdapat lima program yang diluluskan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), kuota untuk program Sarjana adalah 30 pelajar bagi satu pengambilan.

“Kita ada tiga pengambilan bermula Mei nanti dengan anggara setahun 90 pelajar bagi satu program, jika tiga program boleh cecah 300 hingga 500 pelajar.

“Kampus peringkat awal ini bertempat di Petaling Jaya tetapi perancangan kita untuk bertapak di Cyberjaya dan kita ke arah itu,” katanya.

Author

Pilihan Editor