HomeEkspresiMekanik jadikan halaman rumah bengkel baiki motosikal

Mekanik jadikan halaman rumah bengkel baiki motosikal

 

Berkongsi pengalaman seorang mekanik motorsikal,Mohd Azri Jaafar 52,yang sebelum ini bekerja di syarikat swasta dengan makan gaji bukanlah penghalang untuk menjadi seorang mekanik motorsikal yang di minatinya sejak berpuluh tahun yang lalu.

Sejak daripada lepasan zaman persekolahan, Mohd Azri mula menuai minat untuk berkecimpung dalam dunia permotoran sehingga menjadi satu suntikan semangat yang mendalam.

Mohd Azri tetap bersemangat meneruskan minatnya dengan menjadi kawasan rumahnya di Jalan Keramat Ujong sebagai lokasi untuk dia membaiki motosikal yang rosak milik para pelanggannya.

Katanya, setiap motosikal yang dibaikinya itu bergantung pada jenis kerosakan.

Rata-rata pelanggan yang datang untuk membaiki motosikal terdiri daripada motosikal jenis berkuasa tinggi dan motosikal kapcai dengan pelbagai jenis jenama motosikal seperti Yamaha,Honda,Kawasaki,Modenas dan banyak lagi.

Kerja-kerja membaiki motosikal ini hanya dilakukannya menggunakan kudrat sendiri bermodalkan peralatan yang ada.

Setiap pekerjaan itu pastinya mempunyai cabaran tersendiri, begitu juga Mohd Azri yang mengakui sukar mendapatkan barangan sparepart untuk motorsikal retro dan berkuasa tinggi bagi kepuasan pelanggannya.

Sehingga kini, Mohd Azri masih membaiki motosikal pelanggannya dan menyimpan hasrat untuk mempunyai sebuah bengkel motorsikal berkuasa tinggi di ibu kota.

Authors

Pilihan Editor