HomeHiburan‘Alif Satar, you’re the definition of a real idol' – Netizen

‘Alif Satar, you’re the definition of a real idol’ – Netizen

CYBERJAYA: Kekhusyukan penyanyi dan pelakon, Alif Satar mempelajari ilmu agama dengan para ilmuwan agama ketika berada di Tanah Suci nyata membuatkan orang ramai berasa senang hati.

Menerusi perkongsian foto di Instagram miliknya, Alif memuat naik foto memaparkan dia bersama beberapa orang para ilmuwan sedang berkongsi ilmu agama.

Difahamkan, tiga para ilmuwan tersebut adalah Dr Sheikh Hussain Yee, Dr Mohd Asri (Dr Maza) dan Dr Rozaimi.

“Setiap kali breakfast, memang moment paling best. Tak pernah mereka (ilmuwan) ni muak nak melayan dan menjawab segala pertanyaan aku. Bukan aku sorang je ada soalan, punya la ramai orang jemaah group haji kami datang nak korek ilmu dari 3 orang ilmuwan ni.

“Banyak sesi dialog dan perkongsian yang jadi kat meja makan ni… Alhamdulillah takdak lagi aku tengok diorang mengeluh dan malas nak layan… always sharing their ilmu on so many things.

“Syukur Allah bagi rezeki, ada chance aku dapat belajar dengan cara macam ni, through conversing… Tapi.. sembang topic heavy semua, mesti diakhiri dengan bab makan mana yang sedap minggu ni saja, dah 3 kali tibai nasi unta,” tulisnya.

Dalam pada itu, Alif turut menyatakan bahawa pertemuannya dengan para ilmuwan agama itu membuatkan dia sedar bahawa dia perlu rajin menelaah buku agama.

“Bila sembang dengan diorang ni, aku fikir satu je.. I have to read more books!,” kongsinya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya berasa terinspirasi dengan perilaku Alif yang selayaknya digelar ikon.

“Tahniah Alif. You are the definition of a real role model/idol yang sebenar,” komen seorang netizen.

“MasyaAllah so happy for u Alif dan jemaah haji lain tahun ini. Alhamdulillah atas segala pengalaman dan ilmu yang ada,” kongsi seorang lagi warga net.

Dalam pada itu, rakan artis turut membanjiri ruangan komen Alif dengan menzahirkan rasa gembira akan perkongsian itu.

“Sheikh Hussain Yee and Dr Maza! respect! When i just made my hijrah, i always refer to their tazkirah videos.. Alhamdulillah! Wat an amazing experience u gettingg. Best nya,” tulis pelakon, Ummi  Nazeera.

You’re indeed lucky to be getting direct answers from these 2 wise men. Masha Allah,” ujar pelakon, Catriona Ross.

Author

Pilihan Editor