PERMAINAN video Valorant yang sangat popular hari ini sentiasa mengeluarkan koleksi skin yang menarik kepada peminat dan pemain mereka. Prime Collection 1.0 merupakan salah satu barisan skin paling digemari yang dikeluarkan oleh Valorant.
Dengan pelancaran Valorant China, versi itu turut akan menerima koleksi ini pada tahun 2023. Sebelum ini, Valorant China turut mengumumkan koleksi skin eksklusif bernama Kitana yang bersesuaian dengan tema budaya Cina.
Selepas hampir tiga tahun Valorant di seluruh dunia dilancarkan, China akhirnya menerima versinya sendiri. Versi Valorant ini akan berasingan daripada versi global.
Prime Collection 1.0 Â ini akan dikeluarkan pada Valorant versi China pada 12 Julai 2023. Pemain-pemain di Valorant China boleh mendapatkan koleksi ini dengan harga 5,160 Valorant Points (VP) lebih murah berbanding versi global yang berharga 7,100 VP.
Disebabkan perbezaan harga, seluruh komuniti Valorant meluahkan rasa tidak puas hati dan cemburu. Sebenarnya, Valorant Points yang merupakan mata wang dalam permainan ini berharga lebih tinggi untuk versi China. Oleh itu, pemain versi China perlu membelanjakan jumlah wang yang sama seperti pemain versi global.
Prime 1.0 Bundle launches in VALORANT China on 7/12
Price is 5160 VP
Although the price to buy the bundle is cheaper, its more expensive to get VP in China. pic.twitter.com/ocVOlVQ1ze
— Valorant Updates (@ValorantUpdated) July 11, 2023
Kebanyakkan pemain Valorant menanti untuk mendapatkan Prime Collection ini kerana skin ini kelihatan elit. Riot Games mungkin tidak mengeluarkan koleksi yang sama lagi untuk versi global. Namum, pemain-pemain Valorant perlu menunggu untuk mendapatkan skin ini melalui kedai dalam permainan.
Selain itu, pemain turut meluahkan rasa cemburu dengan layanan istimewa di China. Perkara ini disebabkan mereka juga menerima koleksi eksklusif sebelum ini. Koleksi Kitana mungkin tidak dikeluarkan untuk versi global dalam masa terdekat.