HomeHiburanRupanya ini punca Hairul Azreen nak bersara dunia lakonan..

Rupanya ini punca Hairul Azreen nak bersara dunia lakonan..

CYBERJAYA: Pelakon, Hairul Azreen mengumumkan akan bersara dalam bidang lakonan.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 35, membuat keputusan mengejutkan itu menerusi ucapannya dalam rancangan radio Era FM awal pagi tadi.

“Saya Hairul Azreen, nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon.

Katanya, banyak Impian yang sudah dicapai sepanjang bergelar anak seni dia baik dari belakang tabir sehinggalah ke kaca televisyen.

“Saya dah jadi seorang pelakon daripada stunt. Saya dah jadi seorang pelakon filem. Saya doa, saya jadi hero filem, dan Allah makbulkan doa saya.

“Saya dah buat belakang tadbir, sebagai stunt man, extra, investor untuk filem-filem, direktor, produser semua benda saya dah lalui dan perjuangan saya biarlah akhiri dengan filem yang membanggakan saya,” katanya seperti dilapor OhBulan.

Pada masa sama, Hairul menyatakan filem Malbatt Misi Bakara bakal menjadi filem terakhirnya sebagai seorang pelakon.

Keputusan itu dibuat selepas dia berfikir tentang dirinya yang tidak banyak meluangkan masa bersama keluarga disebabkan kesibukan kerja.

“Macam saya tak dapat nak tengok anak-anak, bila saya buat filem, saya perlukan enam bulan, saya buat badan seminggu enam kali, pagi petang malam.

“Tahu-tahu anak saya dah besar. Tahu-tahu diorang dah pergi sekolah. Dan saya tak sempat nak buat benda tu semua. So saya dah dapat, dah cukup, saya dah rasa puas dengan yang saya buat,” katanya.

Difahamkan, Hanis Zalikha yang merupakan isteri Hairul turut menyokong keputusannya dan memilih untuk lebih fokus pada perniagaan mereka.

Author

Pilihan Editor