SEKURANG-KURANGNYA 73 maut manakala lebih 40 lagi cedera akibat kebakaran di pusat perniagaan daerah terbesar di Afrika Selatan, Johannesburg pada Khamis, menurut kerajaan tempatan.
Lapor CNN, jurucakap Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Bandar Johannesburg, Robert Mulaudzi mengesahkan bahawa tujuh kanak-kanak termasuk jumlah 73 individu yang menjadi mangsa korban.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dan tidak menolak kemungkinan angka kematian akan meningkat.
Menurut pihak berkuasa, sebahagian besar kebakaran itu sudah dipadamkan, namun kepulan asap hitam masih keluar dari tingkap bangunan tersebut.
Media antarabangsa melaporkan, pasukan kecemasan masih membawa keluar mayat yang rentung dari dalam bangunan dan meletakkannya di luar serta ditutup dengan selimut.
Sejumlah besar anggota bomba dan jentera kecemasan masih berada di lokasi, di mana kelihatan beberapa mayat ditutup dengan selimut dan lorong berdekatan kebakaran pada awal pagi itu.
#JoburgUpdates Firefighters , @CityofJoburgEMS are currently attending to a building on fire in the Joburg CBD corner Delvers and Alberts street .Ten people confirmed dead and multiple patients treated on scene transported to various health care facilities for further medical… pic.twitter.com/OZTrajIbAq
— City of Joburg (@CityofJoburgZA) August 31, 2023
Menurut laporan media, api merebak dalam sebuah bangunan lima tingkat yang ditinggalkan tetapi masih ada orang yang tinggal di dalamnya secara haram.
Justeru, angka sebenar mereka yang terperangkap di dalamnya dianggarkan 200 orang, manakala ramai antara mereka adalah setinggan dan tiada rekod disimpan.
Amalan menghuni bangunan tinggal adalah perkara biasa di Afrika Selatan, di mana sebahagian besarnya dikawal oleh kumpulan kongsi gelap yang mengutip sewa daripada setinggan.