HomeBeritaViralIndividu gesa MOTAC, KBS keluarkan sijil keselamatan untuk pengusaha aktiviti air

Individu gesa MOTAC, KBS keluarkan sijil keselamatan untuk pengusaha aktiviti air

CYBERJAYA: Seorang individu menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengeluarkan sijil keselamatan untuk pengusaha aktiviti air.

Menerusi perkongsian Twitter, Ooi Beng Cheang, dia mendakwa kursus seperti itu sepatutnya sudah lama dibuat oleh kementerian yang terlibat.

Sepatutnya MOTAC, KBS dah lama patut buat kursus sijil keselamatan untuk pengusaha aktiviti air ni. 

“Bila ada kursus, baru syarikat insuran ada keyakinan nak bagi perlindungan kepada pelanggan mereka. 

“Setiap kali kemalangan berlaku, orang marah sekejap lepas tu lupa balik,’ tulisnya.

Kenyataan itu dibuat susulan kejadian bot penumpang terbalik di Pantai Teluk Batik, Manjung, Perak sehingga mengakibatkan seorang mangsa, Nurul Afiqah Abdullah Sani meninggal dunia di Hospital Seri Manjung pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ooi Beng menegaskan dia tidak akan sesekali terlibat dalam aktiviti mencabar kerana jika berlaku kemalangan, mangsa tidak boleh membuat tuntutan di syarikat insuran.

“Saya tak akan naik banana boat, bot laju, paragliding atau jet ski yang disewakan tepi pantai.

“Sebab semua ni, kalau aku accident tak boleh claim insuran hayat, kesihatan atau personal accident. Dia dianggap aktiviti bahaya, kalau nak buat juga, atas risiko sendiri. 

“Buang duit premium aku bayar mahal setiap bulan je kalau aku cedera atau mati tak boleh claim

“Aktiviti bahaya lain seperti flying fox, bungee jumping, diving pun aku tak buat. Aktiviti ni kena ada insuran tambahan,” jelasnya.

Tambahnya, rakyat Malaysia perlu memahami dengan lebih jelas berhubung jenis-jenis kemalangan yang ditanggung polisi insuran masing-masing.

“Walaupun anda ada perlindungan sukan, kena tanya ejen apa aktiviti bahaya yang tak dilindungi. Contohnya, produk AIA ‘Free Lifestyle Sports Cover’ tak termasuk martial arts. Kalau kau patah tangan sebab nak patahkan kayu, tak tangggung.

“Polisi insurans ni orang jarang baca, tapi sekurang-kurangnya kena tahu apa perkara yang tak ditanggung. Logik dia mudah, jangan cari bahaya/risiko tambahan kalau ia boleh dielakkan,” jelasnya. 

 

Author

Pilihan Editor