HomeBeritaDuta Jepun 'try' nasi kandar, roti tisu sempena Hari Kebangsaan

Duta Jepun ‘try’ nasi kandar, roti tisu sempena Hari Kebangsaan

CYBERJAYA: Duta Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi mengutus ucapan kepada rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 melalui cara yang istimewa.

Menerusi Facebook rasmi kedutaan, kelihatan beliau sedang menikmati hidangan popular yang disifatkannya sebagai salah satu budaya penting dalam budaya Malaysia.

“Saya mengucapkan ‘Selamat Hari Merdeka’ kepada semua rakan Malaysia. Kami berharap agar Malaysia sentiasa dikurniakan keamanan dan kemakmuran.

“Sempena menyambut kemerdekaan, saya datang ke kedai mamak bersama rakan-rakan kedutaan. 

“Makanan mamak adalah sebahagian besar budaya Malaysia, jadi saya sangat gembira untuk mencubanya,” kata duta itu.

Antara makanan yang dinikmati Takashi di kedai mamak ialah antaranya nasi kandar, maggi goreng, teh tarik, roti tisu serta roti canai.

Mengakhiri video itu, Takashi memberitahu beliau akan kembali untuk menikmati lebih banyak makanan di kedai mamak.

Sambutan utama Hari Kebangsaan tahun ini berlangsung di Dataran Putrajaya, bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.

Author

Pilihan Editor