JOHOR BAHRU: Suasana di bandar Johor Bahru pada Sabtu lalu dilihat seakan sama seperti waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu.
Suasana itu berlaku kerana kelihatan ramai pegawai penguatkuasa yang bertugas di sepanjang Jalan Ayer Molek, Johor Bahru bagi melancarkan proses Hari Mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.
Pengawalan sementara itu diadakan untuk membantu proses penghantaran beg peti undi dari 47 pusat pengundian ke Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, yang dijadikan sebagai Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil P161 bahagian Pulai.
Berikut adalah sekitar momen yang dirakam dari lensa MEDIA VARIASI.
• Sekatan jalan raya di hadapan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru.
• Ketibaan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.Â
• Ketibaan petugas-petugas SPR dengan beg peti undi.
           Â
• Pengiraan undi di dalam Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
• Pengumuman pemenang Pilihan Raya Kecil bahagian Pulai, Suhaizan Kaya.
Menjelang akhir sesi pejumlahan undi, Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat memperoleh 48283 undi, Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29642 undi, dan Samsudin Mohamad Fauzi daripada Bebas dengan 528 undi.
Suhaizan meraih kemenangan dengan majoriti 18641.