HomeHiburanDikecam baju nampak lurah, Ruhainies tampil beri penjelasan

Dikecam baju nampak lurah, Ruhainies tampil beri penjelasan

BARU-BARU ini, pelakon, Ruhainies menerima kecaman warga net apabila pakaian yang diperagakannya dalam sebuah majlis, kelihatan mencolok mata sehingga menampakkan bahagian lurah dada.

Bagaimanapun, Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, berkata, insiden itu berlaku diluar jangkaan atas faktor dia tersilap memilih baju bahagian dalam yang tidak dapat menutup sepenuhnya dada.

“Saya tidak salahkan stylist mahupun baju tersebut, pada asalnya persalinan itu biasa , cantik dan sopan malah menutupi seluruh bahagian tubuh saya kecuali dada.

“Saya ada beli ‘inner’ (baju bahagian dalam) cuma malangnya tak perasaan inner tersebut tidak tutup sepenuhnya bahagian dada.

“Silap saya sebab tidak cuba lebih awal kerana masa sangat suntuk dan tiada pilihan, jadi saya buat keputusan untuk pakai namun tutup dengan blazer dan tangan pada bahagian dada ,” katanya seperti dilapor portal HibGlam.

Dalam pada itu, Ruhainies turut mengakui dirinya kurang selesa dengan penampilan itu dan bertindak membeli pakaian alas dalam lain bagi menutup bahagian terdedah.

“Sampai sahaja di majlis itu saya sendiri rasa tidak selesa dan terus beli inner lain dan tukar, kiranya sekejap sahaja bahagian dada saya terdedah.

“Saya belum bertudung, isu seksi bukan benda baharu, mungkin sebelum ini peminat melihat saya selalu tampil sopan sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon drama Jejak Karmila itu dikecam teruk netizen apabila memuat naik sekeping foto di Instagram memperagakan busana hijau yang agak seksi di bahagian dada.

Sebilangan warga maya meninggalkan komen dengan beranggapan aktres itu sengaja mencetuskan kontroversi menerusi penampilan seksi itu.

“Beria nk tunjuk dada, pastu diri sendiri yg cover. Jaga maruah diri sis,” pesan netizen.

“Nampak x selesa dia pakai baju tu . Pasni bole tukar fesyen cute tapi nampak gorgeous anis cmni x sesuai utk awk. Spe la sponsor baju dia ni cukup la kali ni je anis pakai cmni ye,” luah warga net.

Too sexy sister. Please cover it up. This is not suitable for Malay to dress up this way,” komen seorang lagi pengguna Instagram di foto berkenaan.

Author

Pilihan Editor