CYBERJAYA: Setelah beberapa siri kes jenayah dilakukan etnik Rohingya di negara ini, perasaan tidak puas hati mula timbul tidak kira dalam kalangan rakyat mahupun pemimpin Malaysia.
Etnik minoriti Myanmar itu dilihat seolah-olah besar kepala, apabila sewenang-wenangnya menganggap Malaysia ibarat tanah air mereka.
Ini dibuktikan apabila pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) itu didakwa melakukan tindakan tidak bermoral, seperti mencuri, merompak, berniaga secara haram, mencabul dan terbaharu, dituduh merogol anak gadis tempatan.
Pada Khamis, seorang lelaki berusia 27 tahun dan remaja berumur 14 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol, melakukan serangan seksual serta mencabul seorang pelajar Tingkatan 3 di dalam sebuah kereta.
Perbuatan tersebut dilakukan di kawasan lapang di Pantai Klebang, Melaka pada 14 September lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Noor Helmy Abdul Halem berkata, beliau sejak daripada awal menolak undang-undang berkaitan pelarian, selain menegaskan bahawa negara ini tidak patut mengiktiraf pelarian terbabit.
@mnhelmy lepas satu, satu aduan Mat dapat xpe kita tengok macam mana nanti #DUYONGkita #DUYONGkita #melaka #rohingya #fyp
Enggan pelarian bersikap seperti cacing naik ke mata di Malaysia, Noor Helmy justeru menyarankan rakyat negara ini supaya bertegas serta memberi layanan seperti pendatang asing kepada mereka.
“Kita ambil contoh kes rogol baru-baru ini. Salah seorang tertuduh adalah di bawah umur dan apa kita nak buat? Nak tempatkan di sekolah Henry Gurney pun akan jadi masalah juga. Kemudian, setelah menjalani hukuman apa yang berlaku?
“Kalau pendatang macam ini kita boleh hantar pulang (negara asal). Lepas dihantar pulang, apa yang berlaku dekat negara tu dia punya fasal. Dia sudah pun diberi peluang duduk di Malaysia tapi dia sudah mengkhianati kepercayaan rakyat negara ini.
@mnhelmy disebabkan “KAD SAKA” ni le Pelarian naik kepala #DUYONGkita #ybMatDuyong #melaka #rohingya #wargaasing #fyp #trendingvideo
“Pelarian ini kalau sudah jalani hukuman penjara dan tukar kad UNHCR, dia akan jadi ‘suci bersih’, sedangkan banduan Malaysia ada kesan pada masa akan datang. Jadi, saya tetap bertegas bahawa, kerajaan harus meminda undang-undang terhadap pelarian ini. It is no more pelarian. Pendatang adalah pendatang,” katanya MEDIA VARIASI.
Rakyat tak senang duduk
Noor Helmy yang juga merangkap Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi ketika ini antara individu yang aktif membangkitkan isu dan turun padang menggempur kawasan diduduki etnik Rohingya di Melaka.
Beliau berkata, situasi pendudukan Rohingya di Negeri Bersejarah itu masih terkawal di sesetengah tempat, meskipun timbul kes rogol dan cabul sebelum ini.
Namun, katanya, kehadiran etnik itu di negara ini sememangnya bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak senang, malah perasaan takut dalam kalangan rakyat.
@mnhelmy Ustaz Sophian tanya khabar Rohingya Semabok #DUYONGkita #ybMatDuyong #melaka #rohingya #fyp
Tambahnya, perkara itu sepatutnya tidak boleh berlaku kerana rakyat tempatan sepatutnya berasa selesa tinggal di tanah air sendiri.
“Tetapi hari ini terasa kita pula yang jadi macam pendatang.
“Mereka bukan buat penempatan sendiri, tetapi lebih kepada berlonggok sewa rumah. Bila mereka berada dalam jumlah yang ramai, mereka akan berani.
“Ini puncanya komuniti itu besar dan mungkin didalangi sindiket-sindiket tertentu daripada kalangan mereka juga,” katanya.