HomeBeritaPolitikPuad Zarkashi persoal Hamzah tolak runding peruntukan dengan PM

Puad Zarkashi persoal Hamzah tolak runding peruntukan dengan PM

CYBERJAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menolak untuk berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung peruntukan Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sepatutnya mempersoalkan Hamzah tentang alasan beliau menolak untuk berunding.

“Perdana Menteri setuju bagi peruntukan setelah berunding dengan Hamzah selaku Ketua Pembangkang.

“Tetapi Hamzah menolak untuk berunding,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan Ahli Parlimen pembangkang tidak menghantar surat memohon peruntukan sehingga kini, di sebalik pelawaan kerajaan.

Sebelum ini, Anwar membidas Ahli Parlimen pembangkang yang menuntut peruntukan wakil rakyat, namun enggan berbincang dengan kerajaan bagi merealisasikan perkara tersebut.

Pada masa sama, Puad mengimbas kembali tentang perbincangan sama pernah dilakukan di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

Beliau turut mempersoalkan sikap Hamzah yang tidak membantah ketika Ismail berunding dengan Anwar, yang ketika itu ketua pembangkang.

“Sebab itu jangan bagi outright grant atau masuk ke akaun Pusat Khidmat YB Pembangkang. Takut ada yang guna, Wallahi saya undi PAS”.

Author

Pilihan Editor