HomeHiburan'Setiap hari kena marah'- Ahirine kongsi pengalaman di set penggambaran filem Tebus

‘Setiap hari kena marah’- Ahirine kongsi pengalaman di set penggambaran filem Tebus

CYBERJAYA: Pelakon sedang meningkat naik, Ahirine Ahirudin, 27, mendedahkan dia sering dimarahi oleh pengarah Jason Chong sepanjang penggambaran filem Tebus.

Ahirine yang memegang watak Ana dalam filem Tebus mengakui boleh dikatakan setiap babak, pasti dia akan dimarahi oleh Jason.

Experience saya bekerjasama dengan direktor Mr Jason Chong, setiap hari kena marah.

Cut je ‘Ana, Ana always to the monitor’ that I won’t forget.

“Masa tu memang kita bekerja keras untuk nak keluarkan karakter,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Tebus.

Bagaimanapun, Ahirine bersyukur kerana mendapat tunjuk ajar daripada pelakon veteran seperti Azhan Rani dan Marisa Yasmin yang turut menjayakan filem Tebus itu.

But bersama dengan pelakon-pelakon veteran yang lain saya sangat bersyukur sebab mereka sangat tak kedekut ilmu

“Saya pon banyak tanya soalan dekat diorang semua and aedan juga banyak ajar saya,” jelasnya.

Ahirine berganding bersama Aedy Ashraf yang melakonkan watak Johan dalam filem Tebus arahan Jason Chong.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Azhan Rani, Marisa Yasmin, Jay Iswazir dan Idan Aedan.

Filem Tebus terbitan syarikat produksi tempatan, Vian Media Sdn Bhd kini boleh ditonton menerusi penstriman over the top (OTT) terkemuka Amerika Syarikat (AS) iaitu Prime Video.

Author

Pilihan Editor