HomeHiburan'Saya masih belum bersalin' - Nad Zainal

‘Saya masih belum bersalin’ – Nad Zainal

PELAKON, Nad Zainal, menyelar dakwaan yang mengatakan dia sudah selamat melahirkan anaknya.

Menurut Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, penjelasan itu dibuat susulan ramai pihak yang beranggapan sedemikian kerana melihat dirinya kembali aktif seperti sedia kala.

“Saya masih di sini. Belum bersalin.

“Tiap kali buat siaran langsung, orang akan terkejut dan tujukan pelbagai pertanyaan seperti ‘bukan sudah bersalinkah?’ ‘Nad sihat? Kenapa mengah? Sudah beranakkan?’

“Belum, sibuk mencari rezeki. Bila sudah trimester ketiga, kita akan fokus perniagaan,” katanya memetik HibGlam.

Isteri kepada aktor, Ungku Ismail itu nyata menjadi perhatian ramai apabila kini sarat berbadan dua namun Nad memilih untuk menutup mulut mengenai desas-desus kehamilannya.

Sebelum ini, Nad pernah memilih untuk merahsiakan pernikahan dengan Ungku Ismail, namun hanya mengumumkan sudah bergelar isteri kepada aktor berkenaan sekitar seminggu kemudian iaitu pada 29 Januari lalu.

Author

Pilihan Editor