HomeBeritaAda 5 panel bebas siasat SPRM, itu sudah memadai - Azam

Ada 5 panel bebas siasat SPRM, itu sudah memadai – Azam

 

PUTRAJAYA: Panel jawatankuasa bebas sedia ada sudah memadai untuk menyiasat mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa terbabit dalam salah laku.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ketika ini suruhanjaya itu dipantau oleh lima panel bebas termasuk Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM.

“Jawatankuasa aduan ini sudah lama diwujudkan untuk menyiasat mana-mana pegawai SPRM tetapi untuk kes jenayah, ia di bawah bidang kuasa polis.

“Pada saya (panel jawatankuasa bebas) yang ada sekarang ini sudah memadai di mana sekiranya berlaku salah laku, kita sudah lama ada jawatankuasa bebas untuk siasat pegawai SPRM ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Hari Integriti Kementerian Komunikasi dan Digital di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo, ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bertanya bila kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat aduan terhadap pegawai SPRM yang didakwa akibat dakwa salah laku.

Gobind berkata, sehingga kini, masih belum ada terdengar apa-apa tindakan diambil sekiranya pegawai SPRM dituduh akibat terbabit dalam salah laku.

Malah, beliau mempersoalkan alasan di sebalik dana yang diperuntukkan kepada suruhanjaya itu untuk tahun depan. – Berita Harian

Author

Pilihan Editor