NEW DELHI: Seorang lelaki sanggup membakar isterinya hidup-hidup di di Bareilly, negeri Uttar Pradesh, India.
Lapor Deccan Herald, lelaki berkenaan bertindak sedemikian selepas menangkap wanita terbabit sedang bermadu kasih dengan teman lelakinya di atas timbunan jerami.
Mayat mangsa, Anjali, 35, ditemui lewat kelmarin di sebuah kawasan padang berhampiran kampung Gotiya.
Susulan itu, polis menahan suami mangsa, Nepal Singh atas dakwaan membunuh selepas keluarga mangsa membuat laporan.
Semasa disoal siasat, Nepal mengaku membunuh isterinya kerana wanita itu menjalin hubungan luar nikah bersama lelaki lain.
Menurut polis, ketika kejadian pada malam kelmarin, suspek melihat mangsa sedang berbaring di atas timbunan jerami bersama teman lelakinya.
Dia kemudian membakar jerami tersebut lalu melarikan diri.
Mayat mangsa dihantar untuk menjalani bedah siasat, manakala nasib teman lelakinya tidak dinyatakan.