TINDAKAN pekerja kedai makan mamak gigih mengalihkan pokok tumbang yang telah menghalang laluan kenderaan mendapat pujian warga net.
Menerusi video tular, kelihatan empat orang pekerja restoran mamak gigih mengalihkan dua pokok tumbang di atas jalan raya walaupun dalam keadaan hujan yang lebat.
Malah, pekerja berkenaan juga tidak sedikit pun menghiraukan risiko keselamatan atau kesihatan mereka dan terus mengalih pokok tumbang itu untuk memudahkan urusan kenderaan yang melalui kawasan tersebut.
“Kereta tu hon sebab ucapkan terima kasih, memang bahaya masa ni kalau nak tolong, kilat sambar menyambar, mamak-mamak ni sanggup ambil risiko untuk tolong mantap,” tulis pemilik video.
@salim.hanafiah Hebat pekerja mamak alihkan pokok terbaik #malaysia #bangsar
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net mengucapkan terima kasih bahkan ada yang memuji masakan di restoran mamak itu sangat enak.
“Rasmeena Bangsar has best cheese naan and garlic cheese naan… super sedap,” komen pengguna TikTok.
“Nasi kandar dia sedap weyh lepastu murah gila, selalu full kalau datang. Memang murah rezeki selalu diorang ni,” kongsi netizen.
“Ya Allah nampak simple tapi banyak pahala tuu, rugi tak tolong sekali,” luah netizen.