HomeGaya HidupJom MakanResepi aiskrim jelly ala-ala bunga Sakura!

Resepi aiskrim jelly ala-ala bunga Sakura!

SEMPENA cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi ini, pasti ada ibu bapa yang tengah pening kepala memikirkan aktiviti menarik apa yang sesuai dilakukan bersama anak-anak.

Apa kata kali ini anda cuba hasilkan jelly aiskrim ala-ala bunga Sakura berwarna-warni!

Bukan sekadar cantik, boleh legakan tekak anda yang kehausan juga ye!

Jom pelajari resepi jelly aiskrim ala-ala bunga Sakura yang dikongsi di Facebook Farhana Zainuddin.

Foto: @dadihsusumarissahq

Bahan:

– 1 pek serbuk jelly marissa

– Pewarna biru/merah/kuning

– 1 tin buah laici

– Biji selasih

– Plastik aiskrim/zip lock

Cara penyediaan adunan:

1) Panaskan 1500ml air (campuran air laici + air kosong)

2) Masukkan 1 pek serbuk jelly , kacau larut

3) Adunan mendidih, tutup api & suamkan

Cara hiasan plastik aiskrim:

1) Carikkan buah laici dan bahagikan kepada 3 bahagian

2) Warnakan laici dengan 3 pewarna masing-masing (biru/merah/kuning)

3) Jangan lupa rendamkan biji selasih supaya kembang

4) Masukkan laici tadi bersama selasih ke dalam plastik aiskrim/zip lock

5) Tuangkan adunan yang telah suam ke dalam plastik

6) Sejukkan dalam peti sejuk suhu biasa

Foto: @dadihsusumarissahq

*kalau nak buat versi keras macam aiskrim Malaysia, boleh bekukan

Author

Pilihan Editor