HomeGaya HidupJom MakanResepi Crab Rangup- Menu santai di petang hari

Resepi Crab Rangup- Menu santai di petang hari

BAGI anda yang gemar menikmati crab stick, tentu bosan jika setiap kali hanya nikmati makanan itu dengan cara yang sama sahaja.

Justeru, kali ini jom ikuti perkongsian resepi ‘Crab Rangup’ dari Cik Dayang Zuhaila yang pasti menaikkan selera anda!

Bahan:

  • 250g cream cheese
  • 1 paket crab stick
  • Kulit popia
  • Daun bawang
  • Lada sulah

Cara Masak:

  • Mula-mula potong crab stick ikut saiz yang diingini
  • Goreng dengan minyak yang sedikit
  • Kemudian, masukkan daun bawang, lada sulah dan juga cream cheese
  • Masak hingga sebati
  • Potong kulit popia kepada 4 bahagian
  • Kemudian, letakkan inti crab yang telah dimasak tadi dan balutkan
  • Basahkan sedikit dibahagian keliling kulit popia supaya lebih mudah melekat
  • Goreng crab rangoon dengan api perlahan sehingga keperangan
  • Angkat dan selamat menjamu selera!

Ptss, jangan buat sikit tau! Buat banyak-banyak terus sebab boleh buat frozen, nak makan nanti hanya goreng sahaja. Cicah dengan sos Thai. Fuhhhh layan!

Author

Pilihan Editor